Penyanyi Aishah menerima kiriman kek daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai tanda penghargaan menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu (ABS) pada peringkat Separuh Akhir (SFMM35), Sabtu lalu.
Mengiringi kiriman tersebut, Siti turut menitip sekeping nota ringkas mengucapkan terima kasih di atas kesudiaan penyanyi kesayangannya itu menyanyikan lagu ABS.
Siti turut menganggap kesudian Aishah menyanyikan lagu ciptaan Ippo Hafiz dengan lirik ditulis oleh Siti Rosmizah Semail itu sebagai satu penghormatan.
“Assalamualaikum Kak Aishah yang Siti hormati, Siti nak ucapkan terima kasih di atas kesudian Kak Aishah menyanyikan lagu ABS.
“Ini satu penghormatan buat Siti dan Siti ucapkan semoga Kak Aishah dapat memberikan persembahan terbaik seperti selalu.
“Siti selalu mendoakan kak Aishah,” tulisnya.
Aishah telah berkongsi mengenai ‘hadiah’ dikirim Siti itu di laman sosial Instagram (IG) dan Facebook (FB)nya pada malam semalam (Isnin).
Menerusi ruangan kapsyen, Aishah turut menyatakan rasa pelik terhadap sikap yang ditunjukkan sesetengah peminat fanatik.
“Pengalaman mengajar kita berbagai perkara...Dari dulu lagi semasa GV4, I perasan fans yang fanatik kadang-kadang membuatkan perlakuan yang pelik-pelik, nak tunjuk support pada artis kesayangan sampai sanggup maki hamun artis lain.
“Sedangkan hubungan kami sesama artist ok je...Masa GV4 dulu pelik betul I baca komen-komen fans hentam artis lain untuk naikkan artis kesayangan mereka.
“Yang kelakarnya kami group GV4 best sangat…Boleh duduk makan sama, saling bertukar idea, bantu membantu.
“I banyak bertanya pasal teknik vokal dari Hazami. Bergurau usik mengusik ok je! Habis korang dah kenapa yang 'vicious' sangat???,” luah Aishah.
Dalam pada itu Aishah turut terharu menerima hadiah daripada Siti yang mengirimkan buah tangan buatnya usai persembahan di SFMM35 baru-baru ini.
“Dalam pengalaman SFMM35 ini juga hubungan I dan Datuk Seri Siti saling menghormati. Ini buktinya, Tok Ti belanja Kak Ecah dia makanan selepas performance.
“Diiringi kad ucapan dan recording suaranya mengucapkan goodluck pada I. Soooo sweeet kan? Sangat terharu I over such gesture.
“Itu namanya class babe, ada professional respect sesama artis. Habis korang yang sampai negatifkan peribadi dah kenapa? Sila ikut tauladan artis yang disayangi,” katanya.
Terdahulu Aishah meluahkan rasa berang apabila seorang netizen mendakwa dirinya sebagai individu yang angkuh.
Perkara tersebut turut dikongsikan Aishah menerusi satu hantaran di IG dan FB dengan memuat naik paparan mesej peribadi (DM) yang diterima daripada netizen.
Fiza Kamarudin
Tue Nov 24 2020
Ke Kodiang With Love: Recap Episod 1 & 2 - Semua Effort Gagal, Agak-Agaknya Dapat Ke Ajib Pikat Naziah?
Bila buat perancangan nak pikat Naziah, ada sahaja masalah yang terpaksa dihadapi oleh Ajib. Persoalannya, adakah plan yang dirancang oleh Ajib untuk bersama Naziah akhirnya berjaya? Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap drama Ke Kodiang With Love.
Polis Jumpa Ular Dalam Seluar
Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup dua ekor ular yang disembunyikan di dalam seluarnya
Faisal Halim Kritikal, Tangan Kiri Sukar Bergerak
Doakan Faisal cepat sembuh
Shila Amzah Berharap Dapat Bersalin Secara Normal - “Ini Merupakan Yang Paling Lama Saya Mengandung…”
Semoga dipermudah.
Caprice & Isteri Berhenti Kongsi Mengenai Anak Di Laman Sosial - “Maaf Untuk Ibu Bapa Yang Suka Sama-Sama…”
Caprice seronok dapat kongsi pengalaman jaga bayi.
Didakwa Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami, Ini Respons Puteri Sarah!
Pelakon Puteri Sarah kesal dengan penyebaran berita palsu kononnya hubungan dengan bekas suami iaitu pengarah Syamsul Yusof akan kembali bertaut.
Sarah Yasmine Tegur Netizen Gaduh Di Ruangan Komen - “Nak Benci Saya, Benci, Nak Main-Main Dengan Agama Aku Block”
Jangan gaduh gaduh di ruangan komen ya.
Sarah Yasmine Sindir Ruhainies? - “Tiba-Tiba Ada Interview…”
Selepas pengakuan yang dibuat sebagai kekasih penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, setiap hantaran yang dibuat Sarah Yasmine pasti meraih perhatian wargamaya.
“Ada 2 hingga 3 Juta Yang Tengok IG Saya Setiap Hari…” - Ruhainies Nafi Diri Sendiri Berbalas Soalan Di Instastory
Ruhainies anggap ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Kongsi Foto Sotong Jadi Punca Peserta Ratu Cantik Ecuador Mati Ditembak
Seorang peserta pertandingan ratu cantik yang mewakili Ecuador menemui ajal sejurus berkongsi foto menu makanan yang dinikmatinya di sebuah restoran baru-baru ini.