Siti Nurhaliza Bagi Respon, Mahalini Sedia Jumpa Bincang Buat Lagu - “Saya Rasa Insecure”
Mya Amri
15/01/2024 07:55 MYT
15/01/2024 07:55 MYT
Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah memberi respon terhadap jawapan penyanyi Indonesia, Mahalini yang mahu mencipta lagu buatnya.
Menurut Mahalini atau Mahalini Ayu Raharja,23, jika diberikan peluang untuk berjumpa dengan Siti pasti dia akan menanyakan genre lagu yang bagaimana Siti mahukan.
“Insecure (sambil ketawa malu), senang tapi tetap insecure.
"Semoga diberi kesempatan untuk bertemu dengan datuk apabila saya kembali ke Malaysia untuk konsert nanti dan kalau bertemu dengan datuk saya akan bercakap mengenai lagu yang macam mana dia mahukan,” katanya.
"Semoga diberi kesempatan untuk bertemu dengan datuk apabila saya kembali ke Malaysia untuk konsert nanti dan kalau bertemu dengan datuk saya akan bercakap mengenai lagu yang macam mana dia mahukan,” katanya.
Pada masa sama, Mahalini menyatakan bahawa jika dia mahu menciptakan lagu untuk seseorang dia harus tahu apa yang dimahukan oleh penyanyi tersebut.
“Saya harus tanya datuk lagu yang macam mana dia mahukan, kerana saya sebagai pencipta harus tahu apa yang mereka mahukan,” ujarnya lagi.
Mahalini ditemui selepas sesi radio 3 Pagi Era bersama Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin pada Isnin.
PILIHAN PEMBACA: “Saya Nak Tapi Datuk Sini Mahu Ke?” - Mahalini
Terdahulu, Siti telah memberikan respon mengenai hasrat Mahalini yang ingin meciptakan lagunya menerusi kemas kini di IG stories miliknya pada Ahad.
Untuk rekod antara pencipta lagu dari Indonesia yang pernah bekerjasama dengan Siti adalah Melly Goeslow Ade Govinda dan Andi Rianto menerusi lagu Menjaga Cintamu.
Pelantun lagu Ini Laguku akan kembali ke Malaysia bersama Rizky Febian untuk Lovecheastra Mahalini Live In Kuala Lumpur pada 3 Febuari 2024 di Megastar Arena Kuala Lumpur.