Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan bakal mengadakan konsert Cinta Di Awan pada 10 Ogos 2024 (Sabtu) di Resorts World Genting.

Konsert di Arena Stars

Menerusi hantaran akaun Instagram era.je, konsert ini bakal diadakan pada 8.30 malam di Arena of Stars dan bakal membawa konsep Love in The Sky atau Cinta di Awan.

A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)

“Persembahan julung kali di Arena of Stars, Resorts World Genting akan menzahirkan konsep persembahan cinta setinggi awan yang pastinya mempunyai kelainan tersendiri.

“Persembahan kali ini sebagai satu medium untuk beliau membuktikan rasa cinta dan sayang beliau kepada para peminat,” tulis Era pada ruangan kapsyen.


Peminat teruja

Sementara itu, ruangan komen telah dibanjiri dengan komen peminat yang tidak sabar menanti harga tiket yang akan mula dijual pada 25 April 2024 (Khamis).

“Nervousnya nak tahu harga Genting.

“Ya Allah Genting, mestu harga premium.

“Tolong bagi peluang yang tak dapat beli tiket hari tu,” komen beberapa netizen.

Nantikan pembelian tiket dirwgenting.com dan myticket.asia pada 25 April 2024 (Khamis).

Sekadar info, sebelum ini Siti Nurhaliza mencipta rekod tersendiri apabila tiket konsert Sebuah Epitome Siti Nurhaliza yang telah berlangsung pada 9 Mac lalu telah habis terjual dalam tempoh dua jam.

Berita Trending: Video Jelingan Di Backstage Konsert Tular, Ini Respons Siti Nurhaliza

Berita Trending: Siti Nurhaliza Bakal Dianugerahkan Biduanita Negara!