Sepotong video yang memaparkan secebis momen ‘genting’ sewaktu konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza berjaya meraih perhatian orang ramai baru-baru ini.

Siti jeling

Menerusi video tersebut dapat dilihat mimik muka penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kelihatan garang dan tegas sewaktu berkomunikasi bersama salah seorang kru backstage.

Difahamkan situasi itu berlaku dipercayai berpunca daripada alat monitor telinga atau 'In-ear monitors'

“Ear monitor sudah on ke belum,” ujar Siti kepada kru tersebut.

Sejurus itu, kru itu hanya bertindak memeriksa ear monitor tersebut sebelum Siti sambung beraksi di pentas.

Siti respons


Dalam pada itu, Siti menerusi akaun X nya sempat mengulang siar (repost quote) sebuah komen daripada seorang pengguna X yang mengulas mengenai momen tersebut.

“"Ear monitor dah on ke belum?" Lepas tu @CTNurhaliza11 bagi jelingan manjah. #SebuahEpitomeSayaSitiNurhaliza,” tulis salah seorang pengguna X.“Hahahaha. Masa ni boleh tengok saya jadi singa,” balas Siti menerusi platform X nya.

Reaksi netizen

Sementara itu, menjengah ke media sosial pelbagai reaksi yang diberikan oleh warganet.

Antaranya komen yang diberikan:

“Ingat senang ke nak dapat tengok Siti Nurhaliza jeling orang dekat backstage? HAHAHAHA seram yaaa!

“Muka Siti Nurhaliza, kita pulak takut.

“Time awal-awal konsert haritu perasan jugak Siti pegang telinga (ear monitor) few times and ada part-part lagu yang Siti terlambat/tercepat masuk.

“Ear monitor sangat penting ya, so tak heran bila dia tegas bab ear monitor ni. Kalau tak on, mmg tak dengar apa nant,” komen beberapa netizen.

Untuk info, bagi pelanggan Astro yang tidak berkesempatan untuk menonton Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza yang telah ditayangkan 13 April lalu boleh saksikan ulang tayang di Astro Go.

Berita Trending: Siti Nurhaliza Bakal Dianugerahkan Biduanita Negara!

Berita Trending: Raya Bersederhana, Siti Nurhaliza Utamakan Anak-Anak - "Cukup Saya Ada Sepasang Dua Baju Baharu, Pakai Jelah Yang Lama"