Laman Utama

Siti Nurhaliza Buka Sekolah Untuk Kanak-Kanak Di Gaza, Peruntukan RM10,000 Untuk Kos Operasi

Izwan Isa
20/07/2022
09:50 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan yang dia dan suami, Datuk Khalid Sri Khalid Mohamad Jiwa kini menguruskan sebuah sekolah pendidikan awal kanak-kanak iaitu Afwa & Aafiyah di Gaza sejak hampir setahun lalu.
Selebriti berusia 43 tahun itu berkata, sekolah tersebut ditubuhkan menerusi Yayasan Nurjiwa dan dikelolakan sahabatnya dan suami yang menetap di sana.
“Setiap bulan, kami dan Yayasan Nurjiwa akan memberi sumbangan bagi keperluan sekolah berkenaan. Kalau ada rezeki, kami bagi lebih. Contohlah, kalau ada undangan persembahan, lantikan duta, memang saya peruntukan beberapa bahagian untuk sekolah, zakat dan bantuan-bantuan lain.
“Untuk sekolah ini pula, kami peruntukan sekitar RM10,000 sebulan untuk sewa bangunan dan bayaran untuk tenaga pengajar. Jika ada keperluan lain seperti pembelian buku atau sebagainya, kami akan keluarkan lebih bajet,” katanya kepada Gempak.
Siti ditemui pada Sidang Media Music of The Soul: An Evening with Dato’ Sri Siti Nurhaliza baru-baru ini.
Tambah penyanyi lagu Anta Permana itu, dia dan suami sentiasa memasang cita-cita dan impian untuk ke negara berkenaan bagi melawat sekolah yang mereka tubuhkan itu. Katanya, dia juga mahu membina sebuah bangunan baharu khas untuk sekolah berkenaan.
“Kami memang berhasrat untuk membina bangunan sekolah yang baharu, untuk kemudahan pelajar-pelajar. Kalau ada rezeki dan ramai yang membantu, insya-Allah impian ini dapat direalisasikan,” katanya lagi.
Melanjutkan bicara mengenai Music of The Soul: An Evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti memberitahu yang persembahannya kelak merupakan persembahan amal bagi mengutip dana yang bakal disalurkan terus ke Yayasan Nurjiwa.
“Kami menyasarkan kutipan RM1 juta untuk dua malam penganjuran iaitu 5 dan 6 November. Semua itu untuk Yayasan Nurjiwa.
“Begitupun kalau ada pihak atau orang perseorangan yang ingin melakukan sumbangan, kita terima dengan hati yang terbuka. Buat masa ini pun kita masih mengutip dana di bawah Tabung Bantuan Khas Bencana Alam, Palestin dan COVID-19 dengan kerjasama Kita Fund,” katanya.
Siti turut berkata, dana daripada yayasan tersebut tidak hanya khusus untuk sekolah Afwa & Aafiyah sahaja, tetapi turut digunakan untuk membantu juga rakyat Malaysia yang memerlukan dan dilanda musibah seperti banjir dan COVID-19.
“Menurut perancangan awal, kami hanya mahu tumpukan pada musibah dan bencana sahaja. Tetapi, apabila fikir semula, kami teruskan sahaja dan berkolaborasi dengan Yayasan Nurjiwa.
“Dan kalau mengikut perancangan juga, hasil dari jualan tiket akan teruskan disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa setelah kos ditolak. Justeru, kutipan ini tidak tertumpu pada sekolah semata-mata, tetapi untuk semua yang memerlukan,” katanya lagi.
Antara persembahan amal yang pernah dijayakan Siti bagi disalurkan ke Yayasan Nurjiwa adalah Konsert Satu Dato’ Siti Nurhaliza (2009) dan Dato’ Siti Nurhaliza Live In KLCC: Where The Heart Is (2014).
Music of The Soul: An Evening with Dato’ Sri Siti Nurhaliza bakal diadakan pada 5 dan 6 November depan di Dewan Planery, KLCC. Persembahan berkenaan turut menampilkan penyanyi Datuk Awie sebagai artis undangan.
Tiket dijual bermula harga RM188, RM288, RM588, RM788, RM988 dan RM1,188 bermula Selasa di www.mytIcket.asia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Maal Hijrah: Lebih 60,000 Dijangka Sertai Malam Ehsan Untuk Ihsan, Ada Pengisian Rohani Ustaz Somad Batubara

gempak
06/07/2024
12:30 MYT
Bersempena sambutan Maal Hijrah 1446H esok (7 Julai), sebuah acara perhimpunan istimewa dipanggil Malam Ehsan Untuk Insan dianjurkan Pertubuhan Islam  Malaysia (MAPIM) di Dataran Karnival, perkarangan Stadium Shah Alam.
Hiburan

Harumkan Nama Malaysia, Anak Saudara Siti Nurhaliza Rangkul Pingat Emas Dalam Pertandingan WCOPA Ke-27

gempak
06/07/2024
06:04 MYT
Anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Umai, berjaya merangkul pingat emas di 2024 Junior Champion Vocalist menerusi pertandingan antarabangsa World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Los Angeles pada Sabtu.
Hiburan

Pulihkan Hubungan Sharifah Aini & Siti Nurhaliza Antara Pencapaian Huzz Yang Membanggakan

gempak
02/07/2024
06:34 MYT
Penyatuan dua penyanyi hebat iaitu Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan antara pencapaian membanggakan sepanjang Allahyarham Huzz bergelar wartawan hiburan.
Gaya Hidup

Reka Dua Busana Untuk Konsert Di Singapura, Ezuwan Ismail Puji Sikap Membumi Siti Nurhaliza - "Sampai Backstage Dia Dah Siap Solek, Bertelekung Tunggu Waktu Solat ..."

gempak
01/07/2024
02:54 MYT
Pereka fesyen, Ezuan Ismail kagum dengan cara kerja yang ditunjukkan penyanyi tersohor Datuk Seri Nurhaliza sepanjang dua hari berada di belakang pentas bersempena dengan Konsert Fenomena: Siti Nurhaliza Live In Singapore 2024, baru-baru ini.
Berita

Israel Sekat Kemasukan Haiwan Korban Sempena Aidiladha Di Gaza

gempak
16/06/2024
18:55 MYT
Sekatan terbaharu Israel menyebabkan ratusan ribu keluarga di Semenanjung Gaza tidak berpeluang melakukan ibadah korban bagi Aidiladha tahun ini, menurut kenyataan pejabat media Gaza.