,
Hiburan

Siti Nurhaliza Ingin Tambah Anak Sebelum Usia 43 Tahun

Kamaruddin Razal
22/06/2019
10:41 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 40, berhasrat untuk menambah bilangan cahaya mata sebelum usia 43 tahun.
Siti menerima kehadiran permata hati pertama pada iaitu Siti Aafiyah yang kini sudah berusia satu tahun selepas 11 tahun menanti.
"Selepas berkahwin, saya memang teringin untuk mendapat cahaya mata yang ramai. Tetapi hasrat itu tidak kesampaian. Alhamdulillah, selepas menanti lama baru saya dikurniakan dengan kehadiran Siti Aafiyah.
"Insya-Allah, jika diizinkan Allah dan ada rezeki, saya mahu menambah bilangan cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun. Sebelum itu, saya harus berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihar terlebih dahulu.
"Saya mohon doa yang baik-baik dari semua peminat, Insya-Allah," kata Siti.
Siti ditemui di majlis sambutan Hari Raya bersama kelab peminatnya, Sitizone di The Pearl Kuala Lumpur sebentar tadi.
Dalam pada itu, Siti juga sebak melihatkan Aafiyah yang kini semakin membesar.
"Masa itu terlalu cepat berjalan. Rasa macam sekejap sahaja, kini Aafiyah sudah boleh berjalan. Jujur saya akui saya rasa sebak dan gembira melihat dia membesar depan mata.
"Naluri ibu, saya rasakan semuanya pasti dapat fahami apa yang saya sedang hadapi sekarang. Alhamdulillah, Allah memberikan rezeki untuk saya merasai pengalaman menjadi ibu.
"Saya juga mendoakan agar semua ibu bapa yang menanti cahaya mata di luar sana turut dikurniakan rezeki yang sama, Insya-Allah," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

John Legend Sifatkan Siti Nurhaliza & Yura Yunita Penyanyi Hebat, Teruja Ditemani Di Konsert

gempak
04/10/2024
15:00 MYT
Penyanyi antarabangsa, John Legend sedang mempersiapkan diri untuk konsert yang dijadual berlangsung di Sentul International Convention Centre, Bogor, Indonesia pada 6 Oktober ini.
Hiburan

Tampil Line Up ‘Mega’, Hausboom Music Festival 2024 Bakal Gegarkan KL Base 5 & 6 Oktober Ini!

gempak
17/08/2024
18:55 MYT
Festival gig terbesar yang paling dinantikan, Hausboom Music Festival 2024 bakal kembali dan direncanakan bakal berlangsung pada tanggal 5 & 6 Oktober ini di KL Base.
Hiburan

Konsert Cinta Di Awan Bawa Penonton Larut Dalam Alunan Indah Siti Nurhaliza, Penutup Konsert Solo 2024

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Lebih bermakna, konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan turut memaparkan pencapaian gemilang karier seni Siti ketika mengungguli Anugerah Bintang Popular (ABP) sekaligus mengimbau nostalgia membelah terowong masa.
Hiburan

Aafiyah Muncul Bermain Keyboard Iringi Persembahan Di Konsert, Siti Nurhaliza: “Saya Teringin Dia Back Up Saya”

gempak
11/08/2024
03:55 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja dengan kemunculan anak sulungnya, Siti Aafiyah apabila bermain keyboard pada Konsert Cinta Di Awan yang berlangsung di Arena Of Star, Genting Highlands pada Sabtu.
Hiburan

Siti Nurhaliza Imbau Kenangan Bekerja Bersama Jay Jay – “Arwah Terkenal Dengan Sikap Ramah Dan Suka Bercerita Pengalaman”

gempak
05/08/2024
08:25 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan pihaknya menerusi Yayasan Nurjiwa menghulurkan sumbangan buat keluarga Allahyarham penyanyi legenda, Jay Jay baru-baru ini.
BorakSeeni