HIBURAN
Siti Nurhaliza Tak Sabar Nak ‘Merenjis’, Penuhi Permintaan Amira Othman Nyanyi Di Wedding - “Insya-Allah…”
Pelakon, Fattah Amin dan penyanyi, Amira Othman sekali lagi mencuri tumpuan warganet apabila membuat sesi siaran langsung (Live) bersama di TikTok, baru-baru ini.
Siti Nurhaliza Masuk Live Amira & Fattah
Menerusi rakaman live yang tular tersebut, Fattah dan Amira membuat live bersama adik Amira, Irfan Haris.
Apa yang menjadi perhatian adalah Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menyertai live tersebut.
Ternyata, kehadiran Siti Nurhaliza dalam live tersebut membuatkan Fattah, Amira dan Irfan teruja.
Tak Sabar Nak Merenjis
Lebih mencuri tumpuan adalah secara spontan Siti Nurhaliza meninggalkan komen di sesi live tersebut.
“Tak sabar nak merenjis,” komen Siti ringkas.
Terkejut dengan respons tersebut, Amira dan Irfan teruja apabila Siti Nurhaliza spontan meninggalkan komen sebegitu.
Nyanyi Di Wedding
Tidak terhenti disitu, Amira turut membuat permintaan kepada Siti Nurhaliza untuk menyanyi di hari perkahwinannya suatu hari nanti.
“Mak Iti, saya ada satu soalan. Kalau saya kahwin, Mak Iti sudi tak datang nyanyi?
“Sebab saya nak bayar Mak Iti saya tak mampu,” soal Amira.
Lantas daripada itu, Siti Nurhaliza terus memberi respons terhadap permintaan Amira itu.
“Insya-Allah, boleh,” jawab Siti pantas.
Amira terus mengucapkan terima kasih buat Siti Nurhaliza kerana sudi memenuhi permintaannya itu.
Fattah Amin di dalam live tersebut turut mendoakan Amira ditemukan dengan jodoh yang terbaik.
“Semoga berjodohan dengan yang baik-baik,” ujar Fattah kepada Amira.
Terdahulu, Fattah Amin secara tidak sengaja tersasul menyebut perkataan ‘Yang’ pada Amira dalam sesi siaran langsung TikTok (Live) sebelum ini.Sebelum ini, Fattah menegaskan hubungannya bersama Amira hanya sekadar kawan dan rakan bekerja.
Malah, Fattah juga memaklumkan dia tidak akan merahsiakan jika sememangnya terdapat majlis pertunangan seperti dakwaan yang timbul sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Giliran Amira Othman Tunai Umrah, Pilih 10 Malam Terakhir Ramadan
ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin Tersasul Sebut ‘Yang’ Pada Amira Othman, Peminat Usik Manja - “Hint Ni Cukup Jelas Ya”
ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Diri Terlindung Dari Perkara Terlarang, Amira Othman Sentiasa Jaga Solat - “Saya Adalah Pendosa Tapi…”
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Terpegun Dengar Suara Amira Othman Mengaji Al-Quran, Siap Puji - “Fattah Jangan Tunggu Lama, Lulus Ni”
Must-Watch Video