Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Skuad Malaysia Juara Bola Jaring Remaja Asia

Kamaruddin Razal
08/07/2019 09:05 MYT
Skuad bola jaring negara beraksi cemerlang untuk menewaskan juara bertahan, Singapura, 57-48 dalam final Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia di Kashima Sports Center, Jepun, semalam.

Selain meraih kejuaraan yang keenam dalam kejohanan bawah 21 tahun itu, kejayaan tersebut juga melayakkan Malaysia ke Piala Dunia Remaja 2021 di Fiji, menurut laman Facebook Persatuan Bola Jaring Jepun.

Kemenangan itu juga merupakan balas dendam skuad negara selepas tewas kepada pesaing dari seberang itu dalam final edisi 2017 di Korea Selatan.

Malaysia mara ke final selepas menewaskan Sri Lanka 72-54 di peringkat separuh akhir semalam manakala Singapura pula mengalahkan Hong Kong 62-36.

Sebelum ini, skuad negara pernah menjuarai kejohanan itu selama lima kali berturut-turut pada 2004, 2006, 2008, 2010 dan 2013.

Sumber: BERNAMA
#Bola Jaring
;