Pelakon Fauziah Nawi menempelak tindakan pelakon dan produser yang terang-terangan mengaku tidak menerima suntikan vaksin tapi mahu memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Jelas Fauziah, tindakan itu seolah-olah tidak menghormati keputusan yang dibuat untuk penggiat seni dan menganggap ia satu kenyataan yang angkuh.

"Sekarang dah ramai mula mendapat tawaran dan kerja dengan SOP yang sangat ketat. PM macam nak mati nak dapat dapatkan kebenaran itu. Semua orang ikut SOP, kena vaksin, kena swab test dah habis shooting kena swab test lagi sebelum balik.

"Ramai lagi yang belum dapat kerja. Ramai lagi yang tengah seksa hidup ini. Tolonglah. Siapa yang tak nak vaksin its up to you, its your choice. Itu hak individu, hak asasi manusia.

"Tapi janganlah berlagak, sombong. Tak ada siapa nak jealous dengan you all shooting lah.

"Memang kita tahu ini rezeki Allah tapi boleh tak jangan cakap? Diam-diam sudahlah kenapa perlu buat macam ini? Tak baiklah macam ini. Selfish, you so bloody arrogant," kata Fauziah menerusi hantaran video di Instagram.

A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi)


Teguran Fauziah itu disambut oleh pengarah dan penerbit terkenal Michael Ang yang enggan nama industri kreatif tercemar gara-gara tindakan degil segelintir pihak.

"Wahai manusia luar sana dengar la nasihat @fauziahnawi. Kerajaan baru bagi kelonggaran untuk anak seni mencari rezeki tapi dah ada pelakon dan produser buat hal.

"Tolong la jangan sebab keangkuhan kau orang satu industry kena tutup balik.

"Tak payah tanya I siapakah dia orang sebab I pun tak tahu siapa pelakon dan producer itu. Love you all and be safe and be vaccinated.

"Kalau belum. Anyway kerajaan bagi shooting pada yang dah vaccinated. So please la ikut rules dan jangan sebab kau orang satu industri kena tutup balik," tegurnya.

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)


Perdana Menteri menerusi sebuah kenyataan pada Selasa memaklumkan semua penggiat industri kreatif yang lengkap dua dos vaksin dibenarkan untuk kembali bergiat di negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai esok (9 September 2021).