BERITA
Soal Kahwin, Fadlan Hazim Serah Pada Takdir
Pelakon Fadlan Hazim menjelaskan dia tidak mempunyai masalah untuk berkongsi mengenai hal peribadinya termasuklah mengenai soal perkahwinan kepada peminat.
"Saya okay sahaja untuk berkongsi. Perkara yang baik, apa salahnya jika orang lain tahu mengenai perkara itu.
"Biasalah dalam hidup pasti akan mencari pasangan untuk mendirikan rumah tangga dan berkeluarga," katanya.
Pelakon Papa Ricky ini berkata, perancangan untuk berkahwin ada, cuma dia berserah kepada takdir.
"Bagi saya, perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat main, kena saling memahami dan mengenali hati budi sesama sendiri.
"Alhamdulillah, teman wanita seorang wanita yang sangat memahami walaupun kami berlainan bangsa dan agama," katanya lagi.
Fadhlan dan kekasihnya, Julie Anne merupakan teman baik sejak dari bangku sekolah dan menjalinkan hubungan selepas bertemu kembali.
Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Sinar Harian