,
Laman Utama

Soalan Netizen Gores Hati Zara Zya, Pertama Kali Menangis Ketika Buat ‘Live’ - “Otak Saya Jadi Penat Dengan…”

Asyikin Mayudin
18/05/2023
05:50 MYT
Gara-gara menerima soalan daripada netizen yang menggores hati, pelakon Zara Zya buat pertama kali menangis ketika sedang melakukan ‘live’ di TikTok.
Menurut Zara, dia bukan tidak boleh menerima sebarang kritikan namun sejak akhir-akhir ini dirinya menjadi sensitif apabila menerima soalan melibatkan hal peribadi.
“Dua hari lalu saya ada buat live di TikTok, saya menangis sebabkan ada beberapa soalan daripada netizen. Pagi-pagi mungkin mereka membuka mata untuk menyakiti hati orang lain.
“Tak tahulah kenapa, kita selalunya bangun pagi nak muhasabah diri, tapi ada orang yang buka mata untuk mengecam. Ada beberapa soalan yang mungkin sebelum ini saya ambil pendekatan untuk tidak peduli, tapi entah kenapa sejak akhir-akhir ini jadi sensitif sangat.
“Bukanlah saya tidak boleh ditegur langsung tetapi percakapan itu mengguris hati saya. Contohnya seperti tanya tiada orang yang hendak dekat saya ke? Tak kahwin ke? Tak laku ke? Soalan sebegitu yang akhir-akhir ini menyinggung saya.
“Saya gembira saja dengan hidup saya, namun apabila dihakimi dari atas sehingga ke bawah membuatkan saya sendiri trauma hendak keluar,” kata Zara kepada Gempak.
Zara ditemui di majlis Aidilfitri Civicas Network & Meerqeen yang bertempat di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Rabu.
Tegas Zara, kata-kata negatif yang dilemparkan bukan saja memberikan impak terhadap kesihatan mental malah turut membuatkan dia mengambil pendekatan memencilkan diri.
“Otak saya menjadi penat dengan kata-kata orang. Sehinggakan saya patah semangat untuk membuat ‘live’ dan keluar berada di tempat awam. Saya lebih suka duduk terperuk di rumah saja.
“Sukar untuk saya jelaskan, namun saya mengambil solusi tidur sebagai jalan pintas untuk melupakan masalah itu. Malah, saya juga sudah dua bulan berehat daripada berlakon.
“Mungkin selama ini orang sering melihat saya sering ketawa dan sebagainya, namun saya sendiri tidak sangka impak sebegini. Mungkin juga masa itu kurang sesuai,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Netizen Tampil ‘Back Up’ Abang Bas, Anggap Konten Dengan Pelajar Perempuan Hanya Gurauan - “Niat Dia Baik, Yang Fitnah Nanti Merangkaklah Cari…”

gempak
07/09/2024
12:25 MYT
Susulan kes viral ‘Abang Bas’, terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut dan menganggap isu itu telah menutup periuk nasinya.
Viral

Ibu Kecewa Anak Dilibas Siak Masjid Dengan Getah Paip Sampai Berbirat, Sebagai Amaran Elak Berbuat Bising

gempak
06/09/2024
21:55 MYT
Kecewa dan kesal, perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya dipukul menggunakan getah paip di sebuah masjid semasa solat Jumaat menjadi perhatian warganet.
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.
Hiburan

Netizen Petik Nama Bakal Sertai Gegar Vaganza, Ini Respon Wany Hasrita - “Saya Rasa Kena Tunggu..”

gempak
06/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Wany Hasrita mengulas spekulasi mengatakan dirinya bakal menyertai program, Gegar Vaganza.
Hiburan

Pempengaruh Kongsi Video Makan Sushi Sewaktu Berpantang, Netizen Tegur - “Badan Nak Pakai Lama Dik..”

gempak
06/09/2024
06:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Eynanan menerima teguran daripada netizen susulan memuat naik video menjamah sushi sewaktu tempoh berpantang di TikTok, baru-baru ini.