Pereka kandungan digital terkenal tanah air, Sofyank memaklumkan isteri kesayangannya selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.

Berita gembira itu dikongsi Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah dalam hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya pada Selasa.

“12.12.23. Alhamdulillah isteri saya selama melahirkan puteri sulung kami. Saya dan isteri ingin mengucapkan ribuan terima kash kepada semua yang telah mendoakan perjalanan isteri saya dipermudahkan sewaktu melahirkan zuriat pertama kami,” tulisnya.

Hantaran itu juga turut disertakan dengan foto Sofyank yang memangku dan memandang anak perempuannya penuh kasih sayang.

A post shared by Mohamad Sofian (@sofyank96)


Kegembiraan Sofyank itu turut diserikan lagi dengan komen lucu pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak.

“Tahniah Papa Pian. Jangan CGi kan lagi anak tu ya. Biar dia besar sikit baru effect kan dia,” tulis Zizan.

Ternyata komen bersahaja Zizan memdapat lebih 1,000 tanda suka yang diberikan oleh netizen.

Malah netizen juga turut membalas komen Zizan itu dengan emoji ketawa.


BERITA TRENDING: [VIDEO] Isteri Dedah Pengorbanan Sofyank Demi Hasilkan Video Kreatif - “Saya Ada Di Saat Dia Kecewa, Stress…”


Terdahulu, Sofyank dan Nabilah telah mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022 selepas fasa perkenalan selama tujuh tahun.

Untuk info, pemuda yang mendapat jolokan Zach King Malaysia ini banyak menghasilkan video kreatif bersama selebriti terkenuka Hollywood seperti Will Smith dan Ryan Reynolds.


BERITA TRENDING: #GMWA2022: Content Power, Harumkan Nama Negara, Sofyank Penerima Anugerah Gempak Hall Of Fame


Malah, Sofyank juga dinobatkan sebagai penerima Anugerah Gempak Hall of Fame di Gempak Most Wanted Awards 2022 yang berlangsung pada 26 Februari 2023.