Pempengaruh media sosial, Sofyank dinobatkan sebagai penerima Anugerah Gempak Hall of Fame di Gempak Most Wanted Awards 2022 yang berlangsung sebentar tadi.

"Assalammualikum terima kasih kepada Astro, Astro Gempak dan Era FM. Terima kasih juga kepada sahabat saya yang bersama beri idea ia gabungan kami bertiga.

"Tak lupa terima kasih kepada keluarga saya terutama last sekali isteri saya yang sentiasa temani saya. Waktu saya sibuk ambik video dia yang teman saya busy dia yang tertidur. Malam tak akan hadir tanpa bintang, begitu juga kenapa ada di sini," kata Sofyank

Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah dikenali dalam kalangan netizen sebagai seorang yang mempunyai bakat hebat dengan skil suntingan kesan visual video (VFX).

Malah keunikan bakat Sofyank itu juga mendapat perhatian Hollywood sehingga diundang ke Australia bagi menjalani penggambaran video bersama hero filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania, Paul Rudd dan Jonathan Majors.

Sebelum ini, Sofyank mula menarik perhatian netizen selepas menerima jemputan untuk bertemu idolanya, pereka kandungan digital terkenal dunia Zach King, di Jakarta, Indonesia tiga tahun lalu lalu.

Zach King juga merupakan seorang personaliti YouTube dan terkenal dalam menghasilkan video suntingan unik dan kreatif sehingga tontonan lebih satu juta, melalui satu videonya.