Gerakan #BenderaPutih telah mencetuskan fenomena khususnya di media sosial sejak minggu lalu.

Ramai yang mengambil inisiatif ini untuk membantu golongan susah dan terdesak memerlukan bantuan.

Tidak kiralah golongan B40, M40 mahupun selebriti, semuanya memainkan peranan dalam gerakan ini.

Namun, adakalanya mungkin mereka kurang pasti siapakah yang memerlukan bantuan ini.

Susulan itu, muncul satu laman web yang bakal memudahkan pencarian bantuan #BenderaPutih.

Difahamkan, satu kumpulan pembangun tempatan dikenali sebagai Terato Tech telah mencipta aplikasi web Kita Jaga Malaysia.

Laman web ini boleh dianggap sebagai ‘jambatan’ menghubungkan individu yang memerlukan bantuan dan yang ingin membantu.



Menerusi aplikasi web ini, pengguna boleh menandakan lokasi di peta bagi mengisyaratkan untuk menerima atau memberi bantuan bakul makanan.

Selain itu, pengguna juga boleh menyediakan maklumat terperinci seperti jenis bantuan dan nombor telefon untuk terus dihubungi.

Mudah bukan?

Jadi sekiranya anda memerlukan bantuan atau ingin menghulurkan bantuan

Anda boleh ke laman web sini https://kitajaga.co