Pencetus Ummah (PU) dan pelakon, Rizz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail memuji keperibadian serta semangat Hafidz Roshdi dalam mendalami ilmu agama.

Menurutnya pertama kali bekerjasama dengan Hafidz adalah ketika menjalani penggambaran drama di kota London.

"Selalunya kalau bab agama ni, sayalah banyak ditanya yelah nama pun PU. Tapi berbeza dengan Hafidz ni, aku kagum, dia minat dan mendalami ilmu agama.

"Selain dari solat Fardhu lima waktu sehari, dia juga tunaikan Solat Dhuha tak pernah tinggal 12 rakaat.

"Subhanallah, kagum dan hebat. Serious aku cemburu," katanya.

Jelas PU Rizz lagi, Hafidz juga memasang 'alarm' pada telefon pintar setiap pagi bangun solat.

"Bangun solat jauhi mungkar akan tertera pada alarm Hafidz. Memang bangun subuhlah cerita dia," katanya.

Menerusi posting tersebut PU Rizz turut mengucapkan hari kelahiran buat Hafidz yang ke

Menjengah ke ruang komen, rata-rata kagum dengan kisah didedahkan PU Rizz.

Tidak kurang juga yang terharu dengan kisah berkenaan.

HAPPY BIRTHDAY @hafidz.roshdi Kadang kadang aku keliru aku ke dia yg PU? apa apa pun Kita doa supaya Allah mengistiqomahkan apa yg ada pada dirimu dan inn sha Allah Hang akan terus maju lagi kedepan Korang tnggu lagu kita nnti Oh lupa nak oyak scene last tu hafidz nak bunuh dirii sebab tertekan so kita la wak yg memujuknnya

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail) on


Sementara itu pengetahuan anda, Hafidz turut membintangi filem Pusaka yang kini sedang ‘menghantu’ pawagan seluruh Malaysia

Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam sekarang!

Korang pernah tak terjaga jam 4-5 pagi secara tiba-tiba? Atau terjaga sebab dengar bunyi yang menyeramkan tengah malam? Tapi dengar cerita sampai ada yang nangis sebab takut sangat tengok filem ni. Uish biar betul...Korang kena dapatkan tiket PUSAKA sekarang di pawagam pastu jangan lupa review filem ni okay! . Dari Penerbit Filem DUKUN! . #PUSAKA KINI MENGHANTUI DI PAWAGAM!
#DiaDahDatang #FilemPusaka #PelindungAtauPetaka Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on