“Solat Pun Pakai Makeup?”- Netizen Kecam Fiza Abdul Halim

Syafiqah Jalal
Januari 27, 2018 03:37 MYT
Pelakon Fiza Abdul Halim dikecam netizen yang menuduhnya memakai makeup ketika menunaikan solat.
Kecaman bermula selepas Fiza memuat naik fotonya memakai telekung sedang duduk di atas sejadah, menerusi sebuah entri di Instagram (IG)nya.
Tidak lama kemudian, seorang pengguna laman sosial telah menulis komen dan bertanya samada Fiza bersolek ketika solat.
“Solat pun pakai make-up ke?”, tulisnya.
Fiza bagaimanapun tidak mendiamkan diri dan terus membalas komen tersebut.
“Maaf ya, saya masih waras lagi dan tahu berfikir.
“Ini bermakna kulit saya cantik, sampaikan tak makeup pun orang cakap makeup,” balas Fiza
Dan selepas itu, tiada lagi komen balas daripada pengguna laman sosial tersebut atau yang lain.
Foto: Instagram Fiza Abdul Halim
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#pelakon #Pelakon #Makeup #Fiza Abdul Halim #Solat