Laman Utama

Song Joong Ki Dedah Sikap Masa Kecil, Sukar Dikawal & Nakal

gempak
Maliah Surip
10/05/2021
14:20 MYT
Sponsor Banner
Song Joong Ki Dedah Sikap Masa Kecil, Sukar Dikawal & Nakal
Bintang popular Korea Selatan, Song Joong Ki berkongsi mengenai kehidupannya sewaktu kecil sehingg remaja sewaktu mengadakan fan meeting online bertajuk Song Joong Ki, Live, baru baru ini.
Dalam pertemuan virtual tersebut, Joong Ki menjawab banyak persoalan yang dilontarkan oleh para peminatnya.
Antara yang ditanya peminat adalah mengenai sikap dan kehidupannya sewaktu masih kanak kanak selepas Joong Ki melihat foto sewaktu dirinya masih kecil.
Seorang peminat kemudian bertanya adakah bintang utama drama Vincenzo itu seorang kanak kanak yang senang dijaga.
Dengan spontan lelaki berusia 35 tahun itu menjawab: "Level tertinggi (sukar dikawal).
Joong Ki juga menjelaskan, dia berasa kedua ibu bapanya menginginkan anak perempuan tetapi telah melahirkan seorang bayi lelaki iaitu dirinya. Hal itu gara gara dalam kebanyakan foto, rambutnya kelihatan diikat.
"Saya fikir ibu bapa saya menginginkan seorang anak perempuan sebagai anak kedua mereka, jadi mereka mengikat rambut saya seperti itu.
"Tapi saya dikatakan marah ketika orang dewasa memuji saya cantik," kata salah seorang alumni Running Man ini.
Tidak hanya itu, Joong Ki mengejutkan peminatnya apabila mengaku dia juga seorang yang nakal.
Selain pernah memecahkan tangki ikan di kelasnya sebanyak tiga kali dalam setahun sewaktu tadika, dia juga sering tidak berada di kelas sendiri untuk belajar.
"Dulu saya selalu masuk ke kelas orang lain kerana menyukai seorang pelajar perempuan yang berada di dalam kelas tersebut. Waktu itu saya sukar dikawal dan dikendalikan," akuinya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024