Laman Utama

sooka Serba Baharu Tawar Harga Menarik Serendah RM14.90 Sebulan!

Mya Amri
04/12/2023
15:55 MYT
Khidmat penstriman terkemuka Malaysia, sooka telah melancarkan pek serba baharunya dengan harga promosi yang menarik, ciri-ciri baharu dan lebih banyak kandungan.
Para pelanggan boleh mendaftar untuk salah satu pakej kandungan fleksibel sooka termasuk pakej 24-Hour, Entertainment, Liga Malaysia + Entertainment, All Sports + Entertainment dan Premium, bermula pada harga serendah RM12.90.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith, memandangkan permintaan bagi penstriman dalam talian yang fleksibel terus meningkat, sooka bertekad untuk menyediakan kandungan sesuai dengan menggabungkan siaran secara langsung dan On Demand yang memenuhi kehendak pengguna di semua pasaran sasaran.
“Pengguna bulanan aktif (MAU) sooka telah meningkat 80% setakat tahun ini, dan pelanggan VIP telah meningkat 55% suku tahun ke suku tahun dipacu oleh pertambahan pilihan kandungan dan pemasaran yang lebih bersasar.
“Setakat ini terdapat 1.5 juta pengguna berdaftar di sooka, dengan 60% daripada mereka menonton kandungan sooka menerusi telefon mudah alih.
“Kami yakin pek dan harga baharu sooka bakal mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh bagi perkhidmatan ini pada tahun 2024,” jelasnya.
Berpegang kepada janji untuk membekalkan kandungan terbaik, sooka ialah satu- satunya aplikasi penstriman di Malaysia yang menawarkan barisan kandungan sukan secara langsung termasuk Premier League, Liga Malaysia, Formula 1, NBA, Kejohanan Badminton BWF, Jelajah Tenis ATP, MotoGP, UFC dan banyak lagi.
Para pelanggan juga boleh menyaksikan Konsert Akhir All Stars Gegar Vaganza (GV10) yang dinanti-nantikan pada 10 Disember dan program pencarian bakat Malaysia menerusi Hero Dewi Remaja 2023.
Satu siri baharu juga akan dilancarkan di sooka, iaitu Syurga Itu Bukan Mudah.
Rancangan menarik kanak- kanak seperti Didi & Friends, Hello Pinkfong, dan Super Nabil akan menghimpunkan seisi keluarga.
Manakala filem-filem Cina dan Korea serta rancangan beraneka seperti The Queen's Ploy dan A Journey to Love dan Night Has Come pasti menarik perhatian penggemar rancangan hiburan Asia.
sooka Got All
Pakej-pakej baharu ini memberikan fleksibiliti kepada para pelanggan untuk memilih hiburan yang paling sesuai dengan gaya hidup dan citarasa tontonan masing- masing.
Kini kandungan Sukan, Hiburan dan Kanak-kanak semuanya boleh ditonton di sooka dengan keupayaan menikmati rancangan-rancangan ini secara serentak di sehingga tiga skrin dan dengan resolusi lebih tinggi, semuanya dengan pengalaman tontonan yang lebih premium.
Untuk menikmati pengalaman hiburan terbaik, para pelanggan boleh menonton semua rancangan kegemaran mereka dan rancangan sukan secara siaran langsung di skrin besar dengan pakej Premium, yang menawarkan akses kepada lebih banyak skrin, tanpa iklan pada harga promosi RM49.90 sebulan (asal RM84.90).
Sementara itu, peminat sukan boleh memilih pakej All Sports + Entertainment untuk menyaksikan semua acara sukan secara siaran langsung atau Liga Malaysia + Entertainment pada harga hanya RM34.90 sebulan atau pada harga RM28.90 sebulan.
Dengan pek Entertainment, para pelanggan berpeluang menyaksikan drama-drama tempatan dan Asia, rancangan beraneka dan realiti dengan langganan hanya RM14.90 sebulan (asal RM15.90).
Bagi mereka yang ingin menghiburkan hati secara terus-menerus, Pas 24 Jam disediakan untuk membolehkan para pelanggan menyaksikan semua kandungan sukan, hiburan dan kanak-kanak pada hari pilihan mereka dengan hanya RM12.90 sehari.
Segalanya ada di sooka!
Muat turun aplikasi sooka daripada Apple Store atau Google Play Store (untuk aplikasi mudah alih) atau saksikannya menerusi TV Pintar Samsung, LG, Xiao Mi, & Google/Android TV (versi 8 dan ke atas).
Untuk maklumat lanjut mengenai sooka dan pakej baharunya, sila layari sooka.my.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Meerqeen Suka Karaoke, Mierul Aiman Ditahan Peminat, Sharifah Sakinah Hantu Paling Slay! Ini Antara Perkara Menarik Di Acara Hello Putrajaya

gempak
25/06/2024
09:55 MYT
Astro terus membawakan pengalaman baharu untuk lebih dekat kepada pelanggan menerusi Jelajah Hello di seluruh di bandar di Malaysia.
Filem

Atas Permintaan Tinggi, Filem Sheriff Kini Boleh Ditonton Menerusi Astro First di Astro & sooka!

gempak
21/06/2024
04:55 MYT
Rentetan daripada kejayaan besar filem blockbuster nombor 1 tahun ini, ‘Sheriff’, Astro membawakan filem ini kepada semua penonton Malaysia menerusi Astro First di Astro dan peranti pilihan anda, sooka.
Laman Utama

Lovenya! Sooka Bawakan Sesi Ramah Mesra bersama Bekas Pemain Lagenda Manchester United, Steve Bruce Sabtu Ini!

gempak
01/12/2023
07:30 MYT
Lovenya sooka ni! Jangan lupa datang tau.
Laman Utama

Premier League 2023/2024 Di sooka

gempak
15/08/2023
16:36 MYT
“Strim Dari Mana Jua” pasukan kegemaran anda dan tonton kesemua 380 perlawanan dengan harga serendah RM1.15 sehari dengan sooka
Laman Utama

sooka Tawarkan Lebih Pilihan Dengan 10 Saluran FAST Percuma!

gempak
18/07/2023
05:34 MYT
Aplikasi penstriman hiburan tempatan tersebut kini menambah lima saluran baharu - termasuk Bollywood