Sejak semalam, tular sebuah gambar memaparkan tiga syarat baru yang hanya boleh digunakan untuk tujuan merentas negeri.

Walaubagaimanapun, ada yang meragui gambar berkenaan susulan banyak berita palsu yang disebarkan di media sosial.

Namun, hari ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tindakan mengetatkan kebenaran rentas negeri bermula hari ini.

Keputusan itu dibuat susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kebenaran kini hanya tertakluk kepada tiga situasi sahaja.

Rentas negeri hanya dibenarkan bagi kes kecemasan keluarga terdekat dengan melampirkan dokumen sokongan, kematian dan pasangan jarak jauh.

Bagaimanapun, rentas negeri tidak dibenarkan bagi tujuan menghadiri majlis perkahwinan dan lain-lain kenduri.

Sekadar info, jumlah kes baru COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan peningkatan mendadak dengan 2,148 lagi individu disahkan positif semalam.

Kekal dengan jumlah empat angka, jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara meningkat kepada 367,977 setakat ini.

Jumlah kes positif tertinggi hari ini dipegang Sarawak dengan 512 kes diikuti Selangor dengan 459 kes.

BACA: COVID-19: Giliran Sarawak Pula Tertinggi! Kes Keseluruhan Terus Meningkat

Sumber: Harian Metro