Berita
"Sorry La Joyah, Tak Dapat Nak Tengok Eiffel Tower" - Permohonan Visa Gagal, Awal Ashaari Terpaksa Tinggalkan Pembantu
Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari terpaksa meninggalkan pembantunya, Joy selepas permohonan untuk mendapatkan visa ke negara Eropah gagal.
Melalui perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Awal beryukur apabila negara kita mempunyai hubungan diplomatik dengan negara luar.
"We are so lucky that because of our political ties with many countries, kita Malaysian dikecualikan daripada dikenakan visa.
"Macam makcik sebelah ni, mana mana nak pergi pun kena apply visa. Kalau nasib baik approved la.
"Macam Schengen and EU visa dah berkali kali apply, tetap tak approve!
"Sorry la Joyah, tak dapat nak tengok Eiffel Tower sampai ke sudah," tulisnya.
Rata-rata menganggap Awal sebagai majikan yang bagus walaupun bercuti keluar negara tetapi masih membawa pembantunya bersama-sama.
Must-Watch Video