Usahawan kosmetik yang juga jurusolek popular, Datuk Alha Alfa akur dengan kata-kata fitnah yang dilemparkan selepas mengesahkan bahawa dia dan isteri, Noor Azlin Ismail kini sudah bercerai.

BACA: Alha Alfa Sah Bercerai, Mampu Pertahan Rumah Tangga 6 Bulan Sahaja

Kata Alha, dia sedar kerjayanya tidak bagus seperti lelaki-lelaki lain namun dengan pendapatan tersebut dapat membantu ramai orang termasuk ahli keluarganya.



"Ya Allah saat ini aku sentiasa menerima fitnah di dunia..Aku tau aku lelaki, aku kerja buat makeup.

"Itu skill yang Allah bagi pada aku, ye skill tu tak bagus untuk lelaki tapi bagi aku itu kerja keras aku, aku makeup tak pernah berdua-dua dengan perempuan.

"Aku ada pembantu peribadi teman time makeup..Aku buka pintu bilik pengantin, aku ajak ayah pengantin teman kalau diorang ada sekali.

"Aku buat time tu aku memerlukan duit sebab aku minat melukis, dari suka-suka aku dapat duit, duit makeup tu aku teruskan pengajian. Aku bagi mak ayah aku.

"Dari situ aku serius, aku buat nama dalam industri, aku buat produk, aku jual, aku bantu stokis agen, aku bantu bantu keluarga.

"Aku bantu pusat tahfiz apa semua kalaulah duit jual produk ini tidak halal ya Allah, aku tak mampu lagi nak berniaga benda lain.

"Ini kelebihan aku. Aku bukan melacur, aku bukan merompak. Aku berniaga jaga keluarga aku, sahabat-sahabat aku," tulisnya panjang lebar di Instagram Stories.



Walaupun didakwa membuka aib bekas isteri, Alha atau nama sebenarnya Abdul Al-Halim Mohd Al Fadzil, 32, mengambil pilihan untuk tidak menghiraukan kerana sedar segala kebaikan yang dilakukannya tidak dipandang.

"Sorrylah kalau nak kata aku buka aib pun lantak pi lah..Aku dah penat dengan semua ni!!

"Kenapa aku ja yang kena hadap semua ni? Tak nampak langsung dah ke kebaikan yang aku pernah lakukan??

"Jahat semua ke yang aku buat selama ni?? Kenapa?

"Kenapa orang yang aku sayang pun sanggup menipu? Sanggup nak jatuhkan maruah aku kat orang?? Sanggup nak malukan aku dekat semua orang??" tulis Alha.



Dalam pada itu, Alha memohon maaf kerana terpaksa menutup ruangan komen di IGnya.

"Ya Allah cukuplah..Aku redha ya Allah. Maaf guys saya terpaksa tutup komen saya tanak orang lain down.

"Cukuplah saya dapat sedikit semangat dari anda terima kasih. Doakan perjalanan saya selepas ni ya amin," tulisnya lagi.



Terdahulu, sebuah akhbar menerusi satu ruangan pojok mendakwa hubungan rumah tangga yang dibina Alha sudah berakhir.

Alha dan pasangan, Noor Azlin, 24, mendirikan rumah tangga pada 28 September lalu selepas mengikat tali pertunangan selama setahun.