Siapa sangka dengan hanya melanggan dan menonton filem menarik di Astro, anda juga berpeluang untuk memiliki hadiah hebat dan eksklusif.

Bukan saja dibuka kepada peminat filem Hollywood, malah penggemar Korea juga diberi peluang untuk menikmati pelbagai ganjaran ini.

Berikut antara filem dan program yang anda wajib tonton untuk memenangi hadiah tersebut!

#1 Spider-Man 2-Movie Collection

Bagi peminat filem Spiderman, anda pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai barangan edisi terhad ini.

Mudah saja, anda hanya perlu langgan koleksi Spider-Man 2-Movie ini menerusi Astro Best atau stor On Demand dan jawab tiga soalan mudah.

Jika bernasib baik, anda berpeluang memilik hadiah utama iaitu Spiderman Vivofit jr 2 jenama Garmin.

Selain itu terdapat juga 10 lagi hadiah lain termasuklah ‘mini figurine’, beg tote, topeng mata, ‘organizer cable’ dan dompet kad.

Semua hadiah ini merupakan edisi khas Spiderman: Far From Home dan kempen ini telah pun bermula 16 Ogos lalu dan sah sehingga 31 Ogos 2021.

Anda boleh klik di sini, https://promotions.astro.com.my/details/SpiderMan2Contest untuk info lanjut.

#2 Waiting For Rain



Berita baik buat peminat peminat filem Korea, anda juga berpeluang untuk tonton sambil memenangi hadiah.

Paling menarik, hadiah utama adalah poster filem yang ditandatangani oleh pelakon utamanya.

Malah, hadiah sagu hati baucer Grab turut disediakan.

Anda boleh layan filem Waiting For Rain di Astro First dan jawab soalan mudah di bawah ni.

Hanya enam pemenang yang sudah menjawab soalan dengan betul akan disenarai pendek sebelum menang.

Pastikan layan filem ini melalui Astro First dan pengesahan akan dilakukan sekiranya terpilih menjadi pemenang.



#3 Running Man Virtual Online Fan Meet Giveaway!

Pasti ramai yang meminati rancangan realiti Running Man bukan?

Berita baik, anda juga berpeluang untuk memenangi tiket untuk Running Man Virtual Online Fan Meet!

Bukan satu, bukan dua, tetapi ada 10 tiket untuk dimenangi.

Hanya perlu menjawab satu soalan sebelum ia tamat pada 25 Ogos ini dan penyertaan ini dibuka kepada semua pelanggan saluran ONE di Astro.

Anda boleh klik di sini, https://promotions.astro.com.my/details/RunningManContestuntuk info lanjut.