SPM, Anak Noniswara Dapat 9A
Fiza Kamarudin
16/03/2017 13:47 MYT
16/03/2017 13:47 MYT
Anak kepada pelakon Noniswara, Nur Erysha Amyra Zakaria berjaya memperoleh gred tertinggi (semua A) dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 yang diumumkan hari ini.
Noniswara berkata, Nur Erysha, 17, yang berjaya mendapat 9A merupakan anak yang cukup berdisiplin dan sentiasa berusaha keras untuk mendapat keputusan cemerlang demi merealisasikan impiannya menjadi akauntan.
Jelas pelakon itu, pada mulanya dia hanya berserah kepada Tuhan apa jua keputusan anaknya, namun usaha keras Nur Erysha berbalas dengan kejayaan yang cukup membanggakan.
“Saya tidak dapat menemani Nur Erysha untuk mengambil keputusan. Bila dia dapat tahu keputusannya cemerlang, terus dia telefon dan menangis. Apa lagi, saya pun menangis kesyukuran di set penggambaran ini.
“Nur Erysha memang minat belajar dan sentiasa berdisiplin. Malah, saya dan suami tidak pernah memaksa dia untuk belajar bersungguh-sungguh. Bukan sahaja dari segi pelajaran malah, solat dan aktiviti riadah juga dia rajin,” katanya.
Sumber: Utusan