Skip to main content

Viral

Spontan! Anak Lelaki Arwah Siti Sarah Tak Nak Ada Ibu Tiri - "Nanti Perempuan Tu Minta Duit Dekat Daddy!"

matin-shuib-header.png

Anak lelaki kepada arwah penyanyi Siti Sarah, Ariq Matin punyai pendiriannya sendiri apabila diasak soalan mengenai ibu tiri.

Dalam entri video di akaun Instagram milik Allahyarham Siti Sarah, Matin berkata dia tidak mahu mempunyai ibu tiri kerana bimbangkan daddynya, Shuib.

"Nanti perempuan tu minta duit dekat daddy!" kata Matin ringkas.

Dalam rakaman itu juga, Matin ditanya kenapa dia tak nak ibu tiri sebagai pengganti arwah ibunya.

"Sebab tak bazir duit. Nak tahu kenapa? Nanti perempuan tu minta duit.. dekat daddy! Nanti kita jadi miskin," tambahnya.
 

Must-Watch Video

Advertisement