Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

SPRM Beku 20 Akaun Bank Suami Isteri Pempengaruh, 2 Individu

Gempak
15/07/2024 15:25 MYT
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan kira-kira 20 akaun bank dengan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.

20 akaun dibekukan

Menurut sumber, akaun-akaun yang dibekukan itu adalah milik individu serta syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan dana yang diterima daripada orang ramai menggunakan satu platform kutipan derma dalam talian.

"Kemungkinan akan ada beberapa lagi akaun perbankan yang akan turut disita serta dibekukan oleh SPRM," katanya.

Sementara itu, Pengarah AML SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan pembekuan beberapa akaun milik individu serta syarikat susulan siasatan SPRM terhadap pasangan pempengaruh terbabit.

BERITA TRENDING:Reman Pempengaruh Islamik Suami Isteri & Dua Individu Disambung 3 Hari!

BERITA TRENDING: Permohonan Semakan Perintah Reman Ditolak, Pempengaruh Suami Isteri Gagal Kemuka Transaksi Wang Derma

BERITA TRENDING: Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Islamik Direman 4 Hari, Bantu Siasatan Berhubung Salah Guna Kuasa Untuk Dapatkan Suapan

BERITA TRENDING: Pempengaruh Islamik Terpalit Isu Seleweng Kutipan Derma Mohon Doa Yang Baik - “Alhamdulillah, Saya Dalam Keadaan Sihat”

Katanya, sitaan dan pembekuan akaun-akaun terbabit dibuat mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Pada Rabu lalu, pasangan suami isteri terbabit bersama dua lagi individu ditahan dan direman kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.

Kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20-an hingga 30-an itu ditahan antara jam 6.30 petang hingga 11 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Sebelum ini, timbul tanda tanya berhubung dakwaan tular di media sosial mengenai pempengaruh yang dikatakan mengambil komisen daripada kutipan derma orang ramai dengan peratusan yang tinggi.

Selain itu, mereka juga didakwa hidup dalam kemewahan sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada warga siber.

SPRM beku kira-kira 20 akaun bank membabitkan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam membabitkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.

Sumber: Awani
#Suami #Isteri #SPRM #Individu #Bank #Akaun #Beku #Pempengaruh
;