Viral

Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Islamik Direman 4 Hari, Bantu Siasatan Berhubung Salah Guna Kuasa Untuk Dapatkan Suapan

gempak
Asyikin Mayudin
11/07/2024
05:14 MYT
Sponsor Banner
Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Islamik Direman 4 Hari, Bantu Siasatan Berhubung Salah Guna Kuasa Untuk Dapatkan Suapan
Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 14 Julai berhubung salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menahan pasangan itu.
Peguam, Abd Rahim Ali mewakili pasangan itu yang ditemui selepas prosiding reman, berkata kedua anak guamnya disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM iaitu salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.
Ketika ditanya adakah reman hari ini berhubung dengan penyelewengan kutipan derma seperti yang dilaporkan sebelum ini, peguam itu menafikan perkara tersebut.
“Mereka direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 14 Julai atas Seksyen 23(1) Akta SPRM, salah guna kuasa. Kalau tanya saya, tidak sama la, lain la (penyelewengan).
“Jika lihat Seksyen 23 adalah pegawai awam di badan menyalahguna kedudukan untuk mendapatkan suapan,” kata peguam itu.

BERITA TRENDING: Pempengaruh Islamik Terpalit Isu Seleweng Kutipan Derma Mohon Doa Yang Baik - “Alhamdulillah, Saya Dalam Keadaan Sihat”

BERITA TRENDING: Seleweng Kutipan Derma, Suami Isteri Pempengaruh Ditahan SPRM

Terdahulu, pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 30 dan 26 tahun itu dibawa anggota SPRM ke mahkamah pukul kira-kira 9.20 pagi kelihatan tenang.
Malah suspek lelaki kemudian sempat menyapa pihak media yang merakam foto dah videonya dengan memberi salam.
“Assalammulaikum,” katanya kepada media yang hadir.
Menerusi laporan media pada Rabu, pasangan suami isteri yang juga pempengaruh yang terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan derma ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut sumber, pasangan suami isteri ditahan SPRM pukul 6.40 petang bagi membantu siasatan selepas sebelum ini membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit namun difahamkan wang itu tidak disalurkan secara betul.
Sebelum ini pempengaruh terbabit menerusi peguamnya menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti yang tular di media sosial, sejak kebelakangan ini.

BERITA TRENDING: Didakwa Seleweng RM1.7 Juta, Suami BCL, Tiko Dakwa Bekas Isteri Gagal Move On

BERITA TRENDING: SPRM Jalankan Siasatan Terhadap Aman Palestin, Dakwa Seleweng RM70 Juta

BERITA TRENDING: Suami Bunga Citra Lestari Dituduh Seleweng Jutaan Ringgit, Bekas Isteri Lapor Polis

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live