Laman Utama

Squid Game Tercalon Dalam Golden Globe, Lupin Jadi Saingan

gempak
Maliah Surip
14/12/2021
08:50 MYT
Sponsor Banner
Squid Game Tercalon Dalam Golden Globe, Lupin Jadi Saingan
Drama bersiri fenomena kelahiran Korea Selatan, Squid Game melakar sejarah apabila menjadi salah satu calon yang bertanding dalam pertandingan berprestij, Golden Globe Awards.
Tidak hanya tercalon, drama yang dipaparkan dalamlapan siri untuk siaran Netflix itu menerima tiga pencalonan utama, Soompi yang memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Hollywood Foreign Press Association.
Squid Game salah satunya tercalon untuk kategori Best Television Series – Drama. Menerusi kategori ini, drama paling sukses di Netflix itu untuk tahun ini akan bersaing dengan naskhah yang tak kurang hebat sambutannya iaitu Lupin, The Morning Show, Pose, dan Succession.
Keberkesanan lakonan aktor Lee Jung Jae pula membuatkan dia layak dicalonkan dalam kategori Best Performance by an Actor in a Television Series – Drama.
Jung Jae akan bersaing dengan Brian Cox dan Jeremy Strong dari Succession, Billy Porter (Pose) serta Omar Sy menerusi siri Lupin.
Tidak ketinggalan, O Yeong Su (Oh Young Soo) dicalonkan untuk kategori Best Supporting Actor – Television bersama Billy Crudup dan Mark Duplass dalam The Morning Show, Kieran Culkin dari Succession dan Brett Goldstein (Ted Lasso.)
Semua pencalonan diumumkan secara langsung dalam sebuah acara yang dikelolakan oleh Presiden HPFA, Helen Hoehne dan Snoop Dogg.
Golden Globe kali ke 79 dijadualkan berlangsung pada 9 Januari 2022.
Kredit Foto: The Deadline
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live