Terkini

SST 8% Bermula Hari Ini, Naik Harga Atau Servis Lebih Baik?

Gempak
01/03/2024
05:55 MYT

Pengumuman kerajaan mengenai kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada enam peratus kepada lapan peratus ternyata meresahkan banyak pihak.

Rata-rata mereka menzahirkan rasa tidak senang dengan kenaikan itu kerana ia memberi kesan domino dan akhirnya pengguna yang akan terkesan.
Sebaik sahaja kerajaan mengumumkan bahawa SST akan berkuat kuasa pada 1 Mac (hari ini), terdapat pelbagai agensi, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) menyuarakan kenaikan berkenaan akan memberi beban kepada rakyat.
Selepas perkhabaran itu, negara sekali lagi dikejutkan dengan pengumuman bahawa harga hotel akan meningkat antara 10 hingga 30 peratus.
Jangkaan kenaikan harga itu disuarakan oleh Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Datin Christina Toh, bagaimanapun beliau yakin ia tidak akan menjejaskan tempahan hotel di Malaysia.
Sehingga ke hari ini, kenaikan SST bermula Jumaat ini masih menjadi bual bicara orang ramai kerana menanti apakah ia akan memberi impak kepada 'isi dompet' mereka
Sanggup bayar lebih, jika perkhidmatan bertambah baik
Pekerja swasta, Amir Izzuandi, 36, mengakui bahawa ramai rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan kenaikan SST kerana ia akan membebankan perbelanjaan bulanan.
Bagaimanapun, dia memiliki pandangan yang berbeza dengan mereka kerana baginya kenaikan SST ini merupakan satu langkah yang baik oleh kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan lebih berkesan daripada sekarang.
"Saya bukan nak kata bahawa perkhidmatan sedia ada ini tidak baik tetapi ia masih mempunyai kelompongan yang mana ia boleh ditambah baik lagi.
"Bukan itu sahaja, saya juga mengetahui bahawa keadaan ekonomi semasa kini bukan sahaja memberi kesan kepada pengguna malah syarikat-syarikat besar juga," katanya.
Begitupun, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang memiliki pandangan bahawa kenaikan itu satu bebanan, namun apa yang perlu difikirkan adalah perkhidmatan yang bakal diterima nanti.
"Kalau nak perkhidmatan baik dan selesa tetapi tidak mahu bayar lebih, itu merupakan satu tindakan yang tidak patut dilakukan," ujarnya.
Bagi eksekutif pentadbiran syarikat swasta, Muhd Elmy Mohamad, 42, pula berpendapat kenaikan SST amat berbaloi sekiranya perkhidmatan itu ditambah baik dan dinikmati oleh semua rakyat Malaysia lebih-lebih lagi apabila melibatkan bekalan air bersih.
Menurut, seperti yang diketahui umum bahawa di Malaysia masih ada beberapa kawasan yang tidak mempunyai sumber air bersih.
"Jadi harapan saya dengan kenaikan ini, kerajaan khususnya dapat menyediakan atau menyelesaikan masalah sumber air dan elektrik agar rakyat dapat menikmati perkhidmatan baik, setimpal dengan jumlah yang dibayar.
"Kerajaan juga perlu mengenal pasti dengan segera dan melakukan kerja-kerja baik pulih supaya tidak timbul isu ‘bayar mahal tetapi kualiti masih di takuk lama’," ujarnya.
Muhd Elmy berkata, isu berkaitan kenaikan SST begitu sensitif bagi rakyat kerana ia melibatkan kewangan, perbelanjaan bulanan dan sebagainya.
Justeru, kerajaan tidak boleh membiarkan hal itu ‘hanyut’ untuk mengelakkan rakyat mempertikai kenaikan cukai tetapi perkhidmatan tidak setaraf.
SST tambah beban rakyat
Sementara itu, Pegawai Pemasaran Kandungan dan Perhubungan Media, R Dineshwary, 33, menyifatkan ia satu tindakan yang tidak wajar apabila kerajaan mengumumkan kenaikan SST daripada enam peratus kepada lapan peratus.
Tambahnya, kenaikan itu menyebabkan rakyat terhimpit dengan beban kewangan kerana segala barangan dan perkhidmatan akan menjadi lebih mahal.
"Saya menjangkakan bahawa kenaikan SST ini akan menyebabkan perkhidmatan seperti hotel, kedai makan dan sebagainya turut menaikkan harga mereka.
"Oleh yang demikian, saya berharap agar kerajaan meneliti semula cadangan untuk menaikkan kadar SST ini kerana ia jelas memberi tekanan kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40)," katanya.
Dalam pada itu, seorang kerani, Hamidah Jaafar, 47, berkata, pengumuman kerajaan mengenai kenaikan SST benar-benar mengejutkan kerana yakin bahawa perbelanjaan bulanan akan semakin meningkat.
Hamidah berkata, dengan keadaan ekonomi semasa, inflasi dan masalah gaji yang tidak berkesudahan, dia berpandangan bahawa kenaikan itu tidak sepatutnya berlaku pada ketika ini.
"Kerajaan boleh menaikkan cukai itu tetapi apabila pendapatan rakyat berada pada tahap yang mengizinkan.
"Kalau ada pihak mahu suruh B40, M40 ini lebih berjimat, kami tidak tahu perkara apa lagi yang perlu dijimatkan. Kini, saya dan keluarga sudah berusaha untuk menjimatkan perbelanjaan serta sanggup mengetepikan segala keinginan lain," katanya.
Sumber: Sinar Harian

BERITA TRENDING: Tak Mahu Kasut Kotor, DJ Khaled Minta Pengawal Dukung Sampai Naik Pentas

BERITA TRENDING: "Bomba Ketuk Pintu Rumah Ingat Saya Dah Mati" - Alya Iman Susah Bangun Tidur, Nafi Ambil Bahan Terlarang!

BERITA TRENDING: Pelajar Ini Pergi Kelas Naik Pesawat Semata Mahu Elak Bayar Caj Rumah Sewa Mahal

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Shopee, Lazada Mula Kenakan Caj Tambahan Selepas Pelaksanaan SST 8%

gempak
02/03/2024
09:55 MYT
Dua platform perdagangan dalam talian terkenal iaitu Shopee dan Lazada Malaysia mula memperkenalkan caj tambahan untuk pembelian barangan terhadap pengguna pada Jumaat selari dengan kenaikan caj cukai jualan dan perkhidmatan (SST)
drebar

Berita Baik! Kerajaan Lanjutkan 6 Bulan Lagi Pengecualian Cukai Jualan Untuk Kenderaan

gempak
30/12/2020
00:30 MYT
Ia akan menjadi langkah untuk terus memacu momentum perkembangan sektor automotif.