Pelakon yang semakin melonjak naik, Alya Iman tular gara-gara menceritakan pengalaman dirinya yang dikatakan mempunyai masalah tidur (sleeping disorder).

Menerusi program One on One tersebut, Alya sempat mendedahkan pengalaman dirinya yang pernah dikejutkan oleh bomba gara-gara tidak menjawab panggilan telefon daripada pihak produksi.

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

“Pernah bomba datang rumah saya, benda ini berlaku setiap set.

“Setiap kali saya shooting satu set baru mesti akan terjadi sekali.

"Masa tu saya lambat 5 jam sebab tak sedar walaupun dah ada orang yang ketuk pintu saya.

“Masa tu rumah saya takde orang, jadi security dah ketuk, management dah ketuk lepastu mereka panggil bomba sebab risau ingatkan saya dah mati,” jelasnya menerusi temubual tersebut.

Susulan video pendek itu, timbul spekulasi dalam kalangan netizen tentang kemungkinan Alya mengambil barangan terlarang sehingga menyebabkan dirinya sukar untuk bangun daripada tidur.

Pelakon Layang-Layang Perkahwinan itu bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menerima secara terbuka sebarang tuduhan liar yang dilemparkan kepadanya kerana faham akan tugasnya yang bergelar selebriti.

“Saya tidak mengambil mana-mana bahan yang terlarang itu.


Berita Trending: "Lebih Selesa Tak Bertudung, Inilah Diri Saya Sebenar" - ...

“Tapi saya okay sahaja dengan dakwaan itu sebab sebagai manusia kita memang suka kutuk atau tuduh orang macam-macam pun.

“Saya sebagai manusia pun tidak terkecuali untuk melakukan perkara seperti itu.

“Jadi saya rasa tidak jadi masalah sebab lagi-lagi saya sebagai selebriti saya kena terima sahaja apa orang nak cakap,” jelasnya ketika ditemui Gempak.

Alya Iman berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Malam Gala Anugerah Telenovela di Kuala Lumpur.

Sekadar info, Alya merupakan anak kepada legenda Allahyarham Azmil Mustapha.