,
Berita

SSX: "Tak Susah Cari Keserasian, Mereka Semua Adalah Kawan-Kawan" - Joey

Rozaimi Zubaidi
07/09/2018
00:30 MYT
Penyanyi dan pelakon Zulkifli Daud atau Joey mengakui tidak terkilan apabila dirinya ditukarkan daripada kumpulan Lobster Leleh ke Sotong Kangkung dalam program Super Spontan Xtravaganza (SSX).
Menurut Joey, dia akur dengan pemilihan yang dilakukan oleh anggota kumpulan lain dan mengakui apa yang terjadi itu merupakan satu kelebihan bagi dirinya.
"Saya sebenarnya sudah mendapatkan keserasian daripada kumpulan Lobster Leleh dan tidak menyangka nama saya diumumkan sebagai peserta yang akan berpindah ke kumpulan Sotong Kangkung.
"Sebenarnya saya tidak terkilan kerana ditukarkan tapi saya anggap ini merupakan satu kelebihan yang diberikan untuk melakukan lebih baik selepas ini.
"Dalam kalangan peserta ini semua adalah kawan-kawan, jadi mudah untuk saya mencari keserasian jika bermain dalam kumpulan mana sekali pun.
"Mudah bermain dengan mereka dalam SSX ini kerana semua sudah kenal dan semua para peserta saling membantu untuk menghiburkan penonton," katanya kepada Gempak.
SSX bersiaran secara langsung dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
Bertemakan ‘tukang masak’, SSX membentuk dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung yang membawa imej ‘tukang masak jalanan’ dan kumpulan Lobster Leleh mencerminkan imej ‘tukang masak di hotel’.
Buat julung kalinya juga program ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.
Setiap kumpulan akan dikritik dan diniali oleh dua jri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta bersama lagi seorang juri jemputan.
SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.