Hiburan
Stacy Dedah Rahsia... Rupanya Pernah Ambil Ubat Kurus
Penyanyi Stacy Anam mendedahkan dirinya pernah mengambil ubat kurus sebelum mendapat cahaya mata.
Menurut Stacy, ketika itu berat badannya tidak menurun malah makin meningkat setiap hari.
"Sebelum mempunyai cahaya mata, saya pernah mengambil ubat kurus.
"Namun, berat badan saya tidak menurun, jadi lagi gemuk," katanya kepada Gempak.
Stacy ditemui ketika taklimat media Mentor Milenia di Bandar Utama.
Penyanyi lagu Khayal itu bertindak sebagai mentor untuk musim terbaru program itu bersama Akim Ahmad, Black Hanifah, Hazama dan Ernie Zakri.
Tambah pemilik nama Ummu Syaikhah Stacy Anam ini, kini dia perlu menurunkan berat badan kerana mahu mendapatkan suara nyanyiannya semula.
"Tahun ini saya nak berikan sepenuh tumpuan semula kepada industri muzik.
"Disebabkan itu, saya kena kurus dan tertib dengan pengambilan makanan yang betul.
"Saya menurunkan berat badan daripada 52 kilogram (kg) ke 45 kg.
"Sebelum dapat berat badan sekarang, apabila menyanyi saya akan rasa penat dan berat.
"Tambah pula selepas beranak berat badan memang naik, jadi saya rasa tidak puas hatilah," katanya lagi.
Stacy dan Akim mendirikan rumah tangga pada 5 februari 2016 dan dikurniakan seorang zuriat bernama Eshaal, 2.
Sebelum berkahwin dengan Akim, Stacy mempunyai seorang anak angkat, Bella.
Must-Watch Video