Hiburan
"Stacy Tidak Kisah Saya Lakon Babak Romantis, Tapi..." - Akim Ahmad
Penyanyi Akim Ahmad, 28, mendedahkan dia tidak dihalang oleh isterinya, Stacy Anam untuk melakonkan babak bersentuhan dalam sesebuah drama atau filem.
Menurut Akim, Stacy sebaliknya amat memahami tuntutan kerjayanya sebagai seorang pelakon.
"Stacy memang tiada masalah kalau saya perlu berlakon babak romantis dengan pelakon wanita lain. Dia seorang yang sangat memahami. Memang kadang-kadang akan ada babak bersentuhan itu tapi ia tidak melampaui batas," katanya.
Jelas Akim lagi, filem terbaru lakonannya, Marabahaya Underground juga bukan mengangkat kisah cinta sebagai elemen utama, ia sebaliknya lebih kepada sukan aksi permotoran itu yang akan lebih dititikberatkan dalam penceritaan.
"Jadi setakat ini tiada babak romantik yang diberitahu oleh pengarah, namun jika ada sekali pun Stacy sangat memahami selagi ia tidak keterlaluan," katanya ketika ditemui pada majlis pengenalan filem Marabahaya Underground di Taman Tema MAPS, Ipoh baru-baru ini.
Untuk pengetahuan anda, Akim merupakan tunjang utama dalam filem Marabahaya Underground yang bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi.
Marabahaya Underground merupakan filem komedi aksi yang mengisahkan kehidupan seorang pelajar kolej, Fison Hamidi atau Chon (Akim) yang amat meminati sukan drift dan mengidolakan Shah Dani (Hazama) sebagai pelumba lagak ngeri yang bekerja di Taman Tema MAPS, Ipoh.
Must-Watch Video