gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
FDAM Tuntut Penjelasan Isu Gugur Nama Pengarah Filem 'Misteri Fraser 1910'
HIBURAN
"Saya Ingat Saya Akan Meninggal, Kepala Nak Meletup, Dada Sesak..." - Dahlia Rizal Kongsi Pengalaman Bersalin, Sakit Ambil Epidural
HIBURAN
Ada Hubungan Istimewa Dengan DJ Internasional? Ini Respons Sabronzo Dolla - “Saya Terharu Ramai Nak Tahu…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
GAYA HIDUP

"Stay At Home Kebaya, Don’t Panic Kurung Kedah" - Jenama Fesyen Ini Lahirkan Koleksi Baju Raya Guna...

gempak
Kamaruddin Razal
13/04/2020
08:53 MYT
Sponsor Banner
"Stay At Home Kebaya, Don’t Panic Kurung Kedah" - Jenama Fesyen Ini Lahirkan Koleksi Baju Raya Guna...
Jenama fesyen Larney melancarkan koleksi baju raya Ready To Wear (RTW), Larney Raya 2020 yang menggunakan judul daripada perkataan yang sedang trending atau viral di laman sosial ketika ini.
Antaranya Stay At Home Kebaya, Don’t Panic Kurung Kedah, TQ Frontliners Tutu Lace, Social Distancing Dress dan Be Safe Mini Kurung yang diambil daripada kebanyakan butang carian di laman sosial.
Terdapat 21 rekaan menjadi pilihan Larney untuk koleksi Lebaran kali ini yang masing-masing mengetengahkan peningkatan kualiti tak kira dari segi jahitan, pemilihan fabrik dan rekaan yang memenuhi citarasa wanita urban masa kini.
Bukan itu sahaja, setiap pembelian baju raya Larney menerusi kempen ini juga, akan menerima hadiah istimewa berupa salah satu koleksi kasual Larney.
View this post on Instagram
PINK TEAM : 1 or 2 or 3 or 4 ? #LarneyRaya2020 . . Larney Raya 2020 is now officially launched on our website www.larney.com.my . Happy Shopping ??
A post shared by LARNEY ® (@larneyofficial) on Apr 11, 2020 at 7:45am PDT
View this post on Instagram
LAUNCHING NOW : Larney Raya 2020 is now officially launched on www.larney.com.my . Get our amazing earlybirds deals as a thank you gift for all of you our beloved supporters since day 1 ❤️ #WeLoveYou #LarneyRaya2020
A post shared by LARNEY ® (@larneyofficial) on Apr 11, 2020 at 6:35am PDT
View this post on Instagram
11 APRIL 2020 | 9 PM : Which color is yours ? . . Presenting you "Work From Home Songket Kurung" from #LarneyRaya2020
A post shared by LARNEY ® (@larneyofficial) on Apr 10, 2020 at 9:40pm PDT
Pengasas Larney, Zura Zaibidi berkata, pemilihan judul rekaan daripada nama-nama trending berkenaan adalah salah satu cara dalam meningkatkan semangat kebersamaan golongan wanita sepanjang penularan wabak COVID-19 di Malaysia mahupun di seluruh dunia.
"Sebagai seorang wanita, ibu dan isteri, saya percaya wanita di luar sana terutama yang bekerja di pejabat, pastinya terkesan dengan perubahan sekitar yang memerlukan mereka tinggal atau duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
"Jadi,sesuai dengan situasi semasa, Larney memilih nama-nama berkenaan untuk disemadikan di dalam koleksi Raya Larney tahun ini.
Tambah wanita itu lagi, Larney sedar dengan impak yang besar daripada penularan COVID-19 ini, tetapi dia juga maklum bahawa ramai wanita yang memerlukan sekurang-kurangnya satu persalinan baru bagi meraikan Hari Raya pada Mei akan datang.
"Saya berpendapat, dengan adanya koleksi baju raya, ia sedikit-sebanyak akan memberi lebih semangat atau cahaya baru buat golongan wanita yang telah terlalu lama duduk di rumah akibat PKP.
"Saya juga agak terkejut, sejak PKP terdapat ramai pelanggan setia dan baru yang telah membuat pembelian.
"Disebabkan itu jugalah, saya lebih bersemangat untuk terus melahirkan koleksi Larney Raya 2020 kerana saya yakin wanita juga berhak untuk tampil baru dan betenaga pada pagi raya nanti," katanya lagi.
Sebagai tanda sokongan membantu petugas barisan hadapan yang berkorban untuk mengekang penularan wabak COVID-19, Larney turut terlibat dalam menyiapkan persalinan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk mereka yang bekerja di hospital.
Sejak minggu ketiga PKP, pihak Larney telah menyiapkan ratusan persalinan PPE bersama-sama jenama fesyen terkenal tempatan yang lain dan mereka bakal menyiapkan lebih banyak persalinan PPE selepas ini.
Untuk sebarang pembelian atau info lanjut mengenai koleksi Larney Raya 2020, layari laman web www.larney.com.my
Topic Berkaitan
#Fesyen
#Larney
#Koleksi Baju Raya
Must-Watch Video