,
Laman Utama

Steady, Pemain 001 Squid Game Menang Golden Globe Pada Usia 77 Tahun

Maliah Surip
10/01/2022
04:45 MYT
Keberkesanan lakonan bintang veteran O Yeong Su dalam siri fenomena Squid Game membawa ‘pulangan besar’ kepadanya apabila membawa pulang piala Golden Globe pertamanya, hari ini.
Lebih membanggakan, Yeong Su menerima anugerah berprestij tersebut buat pertama kali sewaktu berusia 77 tahun, lapor Yonhan News Agency.
Yeong Su yang memainkan watak Oh II Nam atau pemain bernombor 001 dalam siri Korea Selatan itu memenangi anugerah Best Performance by an Actor in a Supporting Role untuk TV dalam penganjuran anugerah yang ke-79 tersebut.
Oh II Nam atau pemain nombor 001 adalah seorang warga emas yang penuh misteri, sempat ‘kalah’ dan disangka mati, namun ternyata masih hidup dan digambarkan sebagai pengasas permainan kalah mati dalam merebut wang tunai yang cukup lumayan.
Aktor kelahiran tahun 1967 itu berhasil menyingkirkan pencalonan lainnya, seperti Billy Crudup dan Mark Duplass (The Morning Show), Kieran Culkin (Succession, dan Brett Goldstein (Ted Lasso).
Untuk rekod, karier Yeong Su dalam dunia hiburan sudah berusia lebih 50 tahun dan beliau aktif dalam dunia pementasan teater sebelum menjadi terkenal lewat siri original Netflix tersebut.
Sementara itu penganjuran Golden Globe ke79 diadakan secara tertutup tanpa kehadiran tetamu di Hotel Beverly Hills di Los Angeles.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
terkini

Bintang Snowdrop Kim Mi Soo Meninggal Dunia

gempak
05/01/2022
08:28 MYT
Punca kematian masih belum diketahui
Laman Utama

Harga Koleksi Baju Tidur Mahal Tahap Lepas Bayar Loan Kereta, Jin BTS: “Saya Pun Terkejut”

gempak
04/01/2022
13:50 MYT
Tapi ada yang sanggup beli
Laman Utama

Peminat Minta Jung Ho Yeon Makan Selepas Lihat Penampilan Terkininya

gempak
20/12/2021
14:37 MYT
Aduh kurusnya!
Laman Utama

Squid Game Tercalon Dalam Golden Globe, Lupin Jadi Saingan

gempak
14/12/2021
08:50 MYT
Power!
Unitar