"Stesen TV Berhak Pilih Atau Boikot Artis Bermasalah" - Rosyam Nor
Amri Hassan
30/03/2024 00:50 MYT
30/03/2024 00:50 MYT
Penerbit dan pelakon popular Datuk Rosyam Nor mengambil pendekatan berkecuali dalam isu boikot artis bermasalah.
Jelas Rosyam, keputusan untuk memboikot itu patut diserahkan kepada stesen televisyen.
"Ini rezeki masing-masing. Saya tiada kuasa berbuat demikian. Siapa saya untuk menghukum. Semua berbalik kepada kehendak stesen televisyen untuk memilih pelakon yang dikehendaki.
"Pihak terbabit yang pertimbangkan sama ada wajar artis berkenaan digam atau sebaliknya. Selaku penerbit drama saya akur mengikut mana-mana keputusan.
"Kebiasaannya produser mencadangkan nama pelakon bersesuaian bagi memegang watak dalam sesebuah naskhah," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian cawangan keenam ST Rosyam Mart di Semenyih, baru-baru ini.
Ujar pemilik Suhan Movies & Trading itu lagi, pihaknya juga sedia membuka peluang kerja terhadap mana-mana selebriti yang terpalit kontroversi apabila situasi kembali reda.
"Tiada sesiapa pun mahu perkara buruk berlaku dalam hidup. Sebagai manusia biasa, kita pun ada khilaf. Kalau mereka yang didakwa bermasalah itu sudah perbetulkan kesilapan, tiada masalah kita ambil semula berlakon selepas isu reda.
"Tak kira membabitkan hal disiplin atau sebagainya, jika sudah ada kesedaran kita boleh sahaja buka peluang lain pada masa akan datang,” ujarnya.
Jelas Rosyam, keputusan untuk memboikot itu patut diserahkan kepada stesen televisyen.
BERITA TRENDING: Rizman Ruzaini Tak Terkesan Kontroversi Aliff Aziz, Filter Provokasi Di Media Sosial! - "Nak Boikot? Kami Tak Salah"
Biarpun memiliki rumah produksi, ia tidak memberikannya hak untuk menyekat rezeki orang lain."Ini rezeki masing-masing. Saya tiada kuasa berbuat demikian. Siapa saya untuk menghukum. Semua berbalik kepada kehendak stesen televisyen untuk memilih pelakon yang dikehendaki.
"Pihak terbabit yang pertimbangkan sama ada wajar artis berkenaan digam atau sebaliknya. Selaku penerbit drama saya akur mengikut mana-mana keputusan.
"Kebiasaannya produser mencadangkan nama pelakon bersesuaian bagi memegang watak dalam sesebuah naskhah," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian cawangan keenam ST Rosyam Mart di Semenyih, baru-baru ini.
PILIHAN PEMBACA: "Janganlah Boikot Acara Saya... Saya Neutral, Ruhainies & Bella Astillah Adik Kesayangan Saya" - Ifa Raziah