Laman Utama
"Stop Asking About Him!" - King Coco Tak Mahu Bercinta Dengan Caprice
Pempengaruh King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail menegaskan tiada sebarang istimewa bersama aktivitis kemanusiaan Caprice.
Jelas Coco, 24, Caprice bukan pilihannya untuk dijadikan teman lelaki.
"Saya tak bercinta dengan Caprice, stop asking about him!
Advertisement
"Saya nak 'awak' je. Caprice saya tak mahu. Janji... Janganlah tanya saya dengan Caprice macam-macam soalan ye, tak mahu," katanya menerusi hantaran di Instagram Stories sesambil sedang bercuti sakan di Langkawi.
Sebelum ini, Coco tampil bertemu dengan Caprice selepas gurauan penyanyi rap itu tular. Dalam pertemuan tersebut, kedua-duanya menyahut cabaran membaca buku cerita dengan pelat masing-masing.
BACA: "Tolong Bagi Nombor, Boleh Call Dalam Bilik Air" - Netizen Dakwa Caprice Perli King Coco Melampau!
Dalam pada itu, Coco tampil memperbetulkan pemahaman netizen terhadap ciri-ciri lelaki idamannya yang bersifat budiman.
"Saya tidak adalah maksudkan lelaki budiman itu sampai ke tahap yang kena buka pintu kereta atau setiap kali berjumpa kena bagi bunga atau pun tarik kerusi.
"Ya awak boleh saja lakukan perkara-perkara itu kalau awak nak. Tapi bagi saya lelaki yang budiman ini adalah mereka yang menghormati wanita.
"Selain itu, lelaki mesti tahu batas pergaulan antara pasangan kekasih dan dalam masa sama menghargai. Tapi entahlah saya masih belum jumpa," ujarnya.
Untuk rekod, Coco pernah mendirikan rumah tangga dengan Azrin Anas Abdul Shukor pada 2017 namun memaklumkan mereka sudah bercerai.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak iaitu Putra Kyle Mateen dan Putra Muhammad Haqeem.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Must-Watch Video