Hiburan

"Stop Cakap Saya Larikan Ameena, Rumah Sentiasa Terbuka" - Shakilla Khoriri

gempak
Amri Hassan
23/01/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
"Stop Cakap Saya Larikan Ameena, Rumah Sentiasa Terbuka" - Shakilla Khoriri
Pelakon Shakilla Khoriri menegaskan dia sentiasa terbuka menerima kunjungan bekas suaminya, Fizi Ali untuk bertemu dengan anak perempuan mereka, Ameena Sofia.

BERITA TRENDING: Shakilla Koriri Bidas Fizi - “Kalau Rasa Nak Bersama Anak Munculkan Diri, Bukan Ghaib”

Jelas Shakila, dia juga sentiasa menantikan panggilan video dan kiriman teks daripada Fizi untuk bertemu dengan mereka.
"Daddy Ameena (Fizi Ali), rumah saya sentiasa terbuka untuk awak datang bila-bila masa untuk berjumpa dengan anak awak.
"Tidak ada istilah menceroboh sebab awak sebahagian dari hidup Ameena.
"Kami sentiasa tunggu video call dan text awak untuk berjumpa.
"Awak tak MENCARI Ameena, so stop cakap saya larikan anak awak. STOP IT !Please comunicate dengan saya secara baik dan tenang.
"We can do this Daddy Ameena," tulisnya dalam hantaran di Instagram pada Isnin.

BERITA TRENDING: "Depan Netizen Kau Acah-Acah Suci, Bullsh*t!" - Fizi Ali Meledak, Dakwa Bekas Isteri Sudah Punya…

Dalam hantaran sama, Shakilla menegaskan tidak terlintas dalam hatinya untuk memutuskan silaturrahim sesama keluarga.
"Saya tak perlu jawab apatah lagi pamer bukti atas setiap keputusan yang saya buat untuk ANAK saya.
"Anak saya lebih penting buat masa sekarang tetapi saya tak menafikan hak Ameena untuk mendapat perhatian dan kasih sayang from both side. Apa lagi untuk memutuskan silaturahim antara anak dan bapa. NEVER CROSSED MY MIND," ujarnya.

PILIHAN PEMBACA: Fizi Ali Tak Tahan Sebak, Menangis Rindu Anak - “Hampir Dua Bulan Tak Jumpa…”

Malah, dedah Shakilla beberapa kali jemputan berkaitan Ameena telah ditolak kerana tidak mahu punyai masa bertiga.
"All this while saya bersusah payah untuk menyatukan kami bertiga sebagai Ibu dan ayah kepada Ameena.
"Berkali-kali jemputan yang berkaitan dengan Ameena ditolak kerana tidak mahu ada masa BERTIGA.
"Setiap kali saya yang dulu rendahkan diri demi Ameena. Usaha demi usaha sampailah saya rasa maruah saya dipijak malah dituduh tidak MOVEON sebab sering kali mencari.
"Kisah saya dan dia sudah berakhir dan saya pun dah lama redha dengan semua tu," tambahnya.

PILIHAN PEMBACA: Shakilla Bergegas Keluar Mahkamah, Enggan Komen - “Maaf Korang, Bye Bye”

Terdahulu, pada Isnin, prosiding Sulh tidak menemui jalan penyelesaian apabila kedua-dua belah pihak tiada kata sepakat mengenai kes tuntutan hadanah yang difailkan Fizi pada bulan lalu.
Imbas kembali, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun kemudian.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.
Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live