Terkini

Shakilla Koriri Bidas Fizi - “Kalau Rasa Nak Bersama Anak Munculkan Diri, Bukan Ghaib”

gempak
Mya Amri
22/01/2024
04:34 MYT
Sponsor Banner
Shakilla Koriri Bidas Fizi - “Kalau Rasa Nak Bersama Anak Munculkan Diri, Bukan Ghaib”
Pelakon, Shakilla Khoriri yang juga bekas isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali menafikan dakwaan bahawa dirinya melarang anaknya, Ameena Sofia, 5, bertemu dengan bapanya itu sehingga kini.
Bagaimanapun Shakilla menjelaskan tidak berpuas hati dengan komitmen ditunjukkan Fizi sebagai bapa kepada anak mereka itu.
“Kalau awak tak datang cari anak awak, anak tak mungkin akan datang cari awak.
“Sebagai seorang bapa, kalau rasa nak (bersama) anak, munculkan diri. Jangan MIA (hilang begitu sahaja. Jangan ghaib.
“Jangan cakap di media sosial begitu dan begini. Dia (Fizi) yang hilang,” katanya yang ditemui media pada sebutan kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Alam sebentar tadi.
Mengulas tuduhan bahawa dia menyekat nombor telefon Fizi, 37, Shakila tidak menafikan perkara tersebut namun mempunyai sebab mengapa dia bertindak sedemikian.
“Kenapa nombor Fizi disekat, kena tanya dia sendiri. Saya ‘block’ sebab ada campur tangan isteri dia.
“Apa yang dia dah buat dengan Ameena, saya ada bukti dan serahkan kepada peguam saya.
“Sebab ‘block’ sebab saya tak berminat nak bercakap dengan orang selain daripada bapa Ameena. Walaupun itu isterinya,” jelasnya.
Shakilla juga menafikan dakwaan Fizi ada menghubunginya banyak kali selepas insiden tidak dapat berjumpa anak tempoh hari tercetus.
“Yang dia kata, dia telefon saya berkali-kali mencari anak, tidak semua itu.
“Demi Allah saya cakap tiada, segala rekod dan bukti saya dah serahkan kepada peguam saya. Dia tiada telefon atau WhatsApp saya di mana-mana.
“Dia hanya keluarkan kenyataan demi kenyataan di media sosial,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: “Fail Hadanah Bukan Nak Berebut Anak Tapi Untuk Dapat Kasih Sayang Sempurna” - Fizi Ali

Pada bulan lalu, Fizi memfailkan kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini kerana Shakila enggan membenarkan dia bertemu anaknya.
Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai pada Disember 2021.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Nur Ameena Sofia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live