Hiburan
"Stop Minta Duit Aku!" - Zarina Anjoulie Meluat Penghutang Ah Long DM Nak Pinjam Duit
Pelakon Zarina Anjoulie menempelak segelintir pengguna media sosial yang menghubunginya untuk meminjam wang.
Kata Zarina, dia terkilan apabila ada segelintir yang mahu meminjam wang ekoran terjebak dengan pinjaman wang haram Ah Long.
"Stoplah minta aku duit macam aku ni ban kau. Ada kaki, ada tangan pergi cari kerja, ingat aku ni babu ke kena kerja untuk kasi orang aku tak kenal duit.
Advertisement
"Dah lah nak minta beribu-ribu. 90 peratus kat DM aku semua nak pinjam duit sebab terjebak dengan Ah Long. Padan muka tu je aku boleh cakap," kongsi Zarina.
Tambahnya, lebih mengecewakan apabila ada antara pengguna media sosial yang gah menayang kemewahan walhal hidup susah.
"Bila tengok profile wah hidup gah. Wahai Melayu tolonglah sedar diri kalau dah miskin buat cara miskin.
"Gambar bukan main nak bawa 5 Series tapi nak pinjam duit aku yang bawa Satria buruk ni. Itu pilihan kau yang nak hidup macam have-have tapi akaun bank 30 sen.
"Meluatnya masing-masing nak berangan. Yang menjengkelkan kenapa orang yang minta ni tak ada malu langsung dan apa yang mereka fikir aku akan beri?
"Baik aku bagi anak-anak yatim makan daripada aku kasi kau," tegasnya.
Must-Watch Video