LAMAN UTAMA
Suami Anita Baharom Meninggal Dunia
Suami kepada pelakon Anita Baharom menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi 1 Januari 2022.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan sendiri oleh Anita melalui hantaran di Instagramnya pada Sabtu.
"Dukacita saya memaklumkan bahawa suami tercinta, Ismadi Ismail telah menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi, 1 Januari 2022 (Sabtu).
"Mohon doa dari saudara dan sahabat semua semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman," tulisnya.

Gempak akan berkongsi perkembangan lanjut dari semasa ke semasa.
Must-Watch Video