Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Suami Dakwa Curang Dengan Dua Lelaki, Nadia Brian Cakap Ini Terlalu Peribadi!

Asraf Aided
07/10/2020 05:30 MYT
Pelakon Nadia Brian enggan mengulas lanjut berhubung tuduhan suaminya, Muizz Nasruddin, bahawa dia menjalinkan hubungan sulit dengan dua lelaki lain sepanjang perkahwinan mereka.

Jelas Nadia, isu terbabit disifatkan terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

"Saya minta maaf, setakat ini saya tak nak komen apa-apa lagi, ini terlalu peribadi.

"Apapun, doa yang baik-baik, sebab bagi saya, banyak lagi isu yang lebih berat dan penting berbanding kisah kecil saya ini," katanya kepada Gempak.

Tambah Nadia, dia dan suami masih dalam proses perkenalan memandangkan usia perkahwinan mereka masih singkat.

"Saya pun berkahwin sekejap dan proses mengenali itu pun pantas, doakan yang baik-baik," tambahnya menerusi kiriman aplikasi WhatsApp pada Rabu.

Muizz sebelum ini tampil mengulas situasi terkini rumah tangganya dengan Nadia yang difahamkan sedang retak menanti belah.

Dedah Muizz, isterinya berlaku curang bersama dua lelaki dan mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak lebih tiga bulan.

Muizz dan Nadia mendirikan rumah tangga pada 9 November tahun lalu di Magica Hall, Shah Alam selepas dua tahun berkenalan.

BACA : "Dia Curang Bukan Dengan Seorang, Tapi Dua Lelaki" - Suami Nadia Brian





#Nadia Brian #Rumah tangga #Muizz
;