Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Suami Didakwa Curang? Puteri Dubai Umum Cerai Menerusi Hantaran Instagram – “I Divorce You..”

Gempak
19/07/2024 12:55 MYT
Anak Perdana Menteri UEA dan penguasa Dubai, Mohammed Rashid Al Maktoum, Puteri Sheikha Mahra bertindak menceraikan suaminya Sheikh Mana Al Maktoum menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram miliknya pada Rabu.
Menerusi hantaran tersebut, Puteri Sheikha turut memberi bayangan bahawa suaminya itu didakwa telah berlaku curang.

A post shared by Shaikha Mahra Mohammed Rashed Al Maktoum (@hhshmahra)

Menurut laporan CNBC, keputusan tersebut telah membawa kepada peceraian talak tiga secara verbal kerana Sheikh Mahra telah menulis ayat “saya ceraikan kamu” secara tiga kali berturut-turut.
Sementara itu menerusi tinjauan, foto Puteri Mahra bersama suaminya juga telah dipadam daripada akaunnya.
Bagaimanapun, tiada lagi sebarang kenyataan lanjut daripada pihak suami bagi merespons perkongsian Sheikha.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempena Istiadat Pertabalan Agong, 14 Laluan Di KL Ditutup Pada Sabtu

ARTIKEL BERKAITAN: “No Wedding, Takde Kahwin” - Tengku Hassanal

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Selangor Murka Keputusan MFL, Kecewa Dengan FAM & Presiden FAM

ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling Kongsi Momen 'Princess Talk' Bersama Puteri Ameerah

ARTIKEL BERKAITAN: Kenali Yang di-Pertuan Agong ke-17

Terdahulu, pada 27 Mei 2023 lalu, pasangan berkenaan telah melangsungkan perkahwinan dalam sebuah majlis yang cukup gilang-gemilang di Za'abeel Hall, Dubai World Trade Centre (DWTC) selepas sebulan membuat pengumuman
Untuk info, Sheikha Mahra adalah anak kepada Mohammed Rashid Al Maktoum yang merupakan penguasa Dubai, Naib Presiden dan juga Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Manakala, Sheikh Mana Al Maktoum pula merupakan ahli kerabat diraja Dubai dan turut bergelar seorang usahawan ternama yang cukup dikenali ramai.
#cerai #Instagram #Suami #Dubai #Puteri #curang'