,
Laman Utama

Suami, Dua Anak Positif Covid-19 – Ira Mohd Amin & Anak Sulung Kuarantin Kendiri Di Bilik Berasingan

Fiza Kamarudin
15/05/2021
00:50 MYT
Personaliti televisyen, Ira Mohd Amin berkongsi berita sedih apabila suami, Mohd Shazril Ezani dan dua anaknya, Mohd Sufi dan Mohd Safi disahkan positif Covid-19.
Ira berkata, hanya dia dan anak sulungnya, Mohd Saif Zairil negatif wabak itu selepas mereka sekeluarga membuat ujian saringan, semalam.
"Dukacitanya ingin maklumkan, suami, Sufi dan Safi didapati positif Covid-19 hari ini.
"Semalam, kami sekeluarga melakukan ujian swab Covid-19. Keputusan pagi tadi mendapati Aril, Sufi dan Safi positif walaupun tiada sebarang gejala. Manakala keputusan Ira dan Saif adalah negatif," katanya.
Ira menerusi hantaran di Instagram berkata, buat masa ini mereka sekeluarga menjalani kuarintin kendiri di bilik berasingan.
"Sekarang kami sekeluarga kuarintin kendiri di rumah. Ira dan Saif di bilik berasingan.
"Bagi sesiapa yang berjumpa Aril, Sufi dan Safi antara 5 hingga 12 Mei sila membuat ujian saringan jika anda bergejala. Maafkan kami sekeluarga," tulisnya.
Ira atau nama lengkapnya Zarith Adzmira Mohd Amin mendirikan rumah tangga bersama Mohd Shazril Ezani pada 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki, Mohd Saif Zairil, Mohd Sufi Zuhair, Mohd Safi.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Dia Menangis Sebab Tak Boleh Telan Pun Kek" - Ira Mohd Amin Sambut Birthday Anak Di Hospital, Mohon Doa Dapat Lawan Penyakit ‘L’

gempak
09/07/2024
21:24 MYT
Pengacara, Ira Mohd Amin berkongsi momen anak sulungnya, Saif Zairil, 11, yang disahkan menghidap Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL) menyambut ulang tahun kelahiran, baru-baru ini.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Laman Utama

Ruzana Ibrahim Selamat Bersalin Baby Girl, Bestfriend Puji: “Sure Or Not Baru Lepas Deliver Ni, Cantik Betul”

gempak
31/10/2022
07:26 MYT
Tahniah Ruzana.
Laman Utama

Nabila Huda Positif COVID-19 Buat Kali Kedua - “Sakit Kali Ni Teruk Daripada Yang Pertama..”

gempak
10/03/2022
04:35 MYT
Cepat sembuh Abil.
Laman Utama

“Bukan Nak Cipta Content, Boleh Rasa Badan Tak Sihat” - Positif COVID-19, Janna Nick Kongsi RTK, PCR Pun Kena Marah

gempak
26/02/2022
09:46 MYT
Kongsi buat test RTK dengan PCR pun kena marah... Aduh...
BorakSeeni