Usahawan kosmetik terkenal, Eryica Baiduri atau cukup popular dengan panggilan Madammu teruja apabila menerima hadiah sebuah kereta mewah dari suaminya Muhammad Azri Che Noh.
Menurut Madammu suaminya yang lebih mesra dikenali sebagai TP (tuan penasihat) itu memberikan hadiah berkenaan sempena kelahiran bayi sulung mereka baru-baru ini.
"Hadiah bersalin dan berpantang katanya!" tulisnya.
Namun dia sempat berseloroh bertanyakan untuk siapa hadiah berkenaan.
"TP tahu Madammu tak drive jadi dia beli intuk siapa sebenarnya ni?
"Video penuh di next episode Diari Madammu pada Sabtu ini iaitu 24 Jun, jam 10 malam," kongsinya.
Madammu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya beserta foto kereta mewah yang berwarna putih.
Perkongsian itu bagaimana pun mendapat perhatian pengikutnya yang merasakan dia wanita bertuah dan meminta untuk menimang cahaya mata lagi.
"Ini kalau pregnant lagi boleh dapat rumah lagi sebuah ni madam," komen seorang warga maya.
"Madam beranak lah lagi sorang," cadang seorang netizen.
Madammu bagaimanap pun tidak berdiam diri malah membalasnya komen-komen berkenaan.
"Cukup, cukup sudah...cukup sampai di sini sahaja. Cukuplah 4 orang ( termasuk anak tiri). Alhamdulilah dah," jawabnya.
Madammu berkahwin dengan TP duda anak tiga di usia 25 tahun selepas tamat pengajian universiti. Tiga orang anak tirinya bernama Zahara, Qally dan Ahmadhi.
Diari Madammu sudah bersiaran bermula pada 3 Jun ini di Astro Ria setiap hari Sabtu jam 10 malam.
Syafiqah Jalal
Fri Jun 23 2023


KL Dijangka Sesak, Ini Senarai Jalan Yang Bakal Ditutup Hujung Minggu Ini
Rancang perjalanan anda

Putri Ariani Tewas Dengan Duo Anjing Di AGT, Simon Cowell: “Pada Akhirnya Ini Pertandingan”
Peringkat akhir America Got Talent (AGT) musim ke-18 melabuhkan tirai dengan pengumuman pemenang yang tidak berpihak kepada peserta paling mencuri perhatian dunia, Putri Ariani.

Sepatutnya Ayda Jebat Sambut Kelahiran Anak Ke-2 Pada Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3, Tetapi…
Ini sebabnya

“Tak Lama Lagi Giliran Kita” - Azira Shafinaz Beri Bayangan Bakal Kahwin?
Macam tak lama lagi je...

Suami Eina Azman Hadiahkan 4 Biji Telefon Bimbit - “Tak Tahu Kenapa Dia Beli Banyak Sangat”
Wah banyaknya!

Perut Buncit Dianggap ‘Baby Bump’, Sweet Qismina ; “Saya Takkan Terasa Sebab…”
Semoga Sweet dikurniakan zuriat.

GMW Giveaway: Tiket Tapau Fest

GMW Giveaway: Tiket Konsert Butterfingers Malayneum 23

Jijik! Pengkaji Haiwan Lakukan S*ks Dengan 42 Anjing, 39 Mati Terseksa
Adam Britton mengaku bersalah di atas 60 pertuduhan

Khairul Aming Dedah Tidak Memiliki Rumah, Hanya Ada Satu Pinjaman Bank
Ramai terinspirasi