Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Suami Isteri Ditahan, Dipercayai Dera Anak Berusia 3 Tahun

Ernalisa
26/09/2024 03:25 MYT
Pasangan suami isteri warga tempatan ditahan selepas dipercayai mendera anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun sehingga dimasukkan ke hospital.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pasangan berusia 20-an itu ditahan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) dekat sini jam 1.50 pagi Rabu.

BERITA BERKAITAN : Uncle Roger Kecam Masakan James Oliver! | GMW Highlights

BERITA BERKAITAN : Kongsi Posting Menyentuh Hati, Abby Abadi Minta Fattah Amin Pujuk Fazura - "Peluk Kuat-Kuat!"

BERITA BERKAITAN : "Che Puan Sarimah Ibrahim Tetiba Behave Bila Pakai Tudung" - Director | Singgah Set

BERITA BERKAITAN : Berita Kematian Ibu Tersebar, Nubhan Tampil Beri Penjelasan - “Jangan Salah Sangka…”

“Sebelum itu, pihak polis menerima panggilan telefon daripada seorang doktor yang bertugas di wad kecemasan di hospital itu pada jam 9.50 malam.



Melalui maklumat itu, pihak hospital menerima seorang pesakit iaitu kanak-kanak lelaki yang mempunyai kecederaan di beberapa bahagian badan dipercayai didera," katanya dalam kenyataan.

Menurut Bahrin, pasangan suami isteri itu ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001


“Semakan mendapati pasangan itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing negatif daripada pengaruh sebarang jenis dadah.



Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang,” katanya.

SUMBER:Sinar Harian

#Suami #Isteri #Dera #Ditahan #Kanak
;