Viral

Suami Maafkan Isteri Ditangkap Khalwat

gempak
Gempak
07/02/2025
21:55 MYT
Sponsor Banner
Suami Maafkan Isteri Ditangkap Khalwat
Seorang suami di Bunta, wilayah Sulawesi Tengah, Indonesia menerima pujian ramai apabila memaafkan isterinya selepas wanita itu ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain, lapor laman berita Pikiran Rakyat Sulteng pada Khamis.
Pada 6 Januari lalu, Hasan Muliaman (bukan nama sebenar) dengan ditemani anggota penguat kuasa menangkap isterinya berdua-duaan di sebuah rumah penginapan bersama lelaki lain.
Pasangan kekasih itu mengakui kesalahan mereka dan tidak menolak sebarang dakwaan yang dikenakan.

BERITA BERKAITAN: Lelaki 'Psiko' Sorok Dua Mayat Dalam Tilam, Tangki Septik

BERITA BERKAITAN: Buat Konten Palsu Di Indonesia, Pempengaruh Malaysia Ammar Nazhan, Aras Buat Permohonan Maaf

BERITA BERKAITAN: Pengurus Meninggal Dunia, Krisdayanti Titip Ucapan Duka - “Terima Kasih Untuk Bersama Sejak 1993”

BERITA BERKAITAN: Pencuri Tulis Pesan Buat Guru Lepas Curi Barang Sekolah: “Saya Minta Maaf, Saya…”

Bagaimanapun, Polis Bunta kemudian menjadi pengantara untuk menyelesaikan masalah tersebut sebelum kedua-dua pelaku dikenakan tindakan sepatutnya.
“Di sinilah ujian berat menduga Hasan untuk dia memaafkan isterinya dan lelaki tersebut.
“Hasan akhirnya memaafkan kedua-dua mereka,” kata Ketua Polis Bunta, Inspektor Andi Wijanarko.
Tambah Andi, si isteri turut berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan serupa.
“Hasan memohon untuk menarik balik laporan polis dan membuat surat penyataan damai yang ditandatangani semua pihak,” katanya.
Sumber: Kosmo Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024