Suami Nafi Kemelut Rumah Tangga Sebagai Gimik, Nynaa Harizal Harap Hubungan Bersama Keluarga Kembali Normal
Asraf Aided
21/01/2022 01:30 MYT
21/01/2022 01:30 MYT
Umum mengetahui bahawa pelakon Nynaa Harizal dan suaminya, Mohamed Fahmi Ilyas berjaya menyelamatkan rumah tangga mereka selepas kemelut yang melanda sekitar hujung tahun lalu.
Menurut Nynaa, keadaan hubungannya bersama suami kini berada dalam keadaan baik.
Pada masa sama, Nynaa, 26, juga akui isu tersebut masih meninggalkan kesan terhadap keluarganya.
"Susah sebenarnya nak cakap, tapi keadaan kami berdua sekarang baik-baik saja.
"Saya masih berhubung dengan keluarga tapi isu itu masih ada kesannya, apapun, saya rasa akhirnya semuanya akan okay. Keluarga pun lama-lama akan baik juga," katanya.
Nynaa berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran program MIC ON! musim kedua di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam pada itu Fahmi, 30, menambah, meskipun keluarga amat penting untuk mereka sebagai suami isteri, namun mereka harus tahu batasan tertentu.
"Memang suami menjadi keutamaan untuk isteri, keluarga pun penting. Tapi keluarga kenalah tahu batasan, baik keluarga saya mahupun keluarga Nynaa.
"Kita manusia biasa, sebagai suami isteri pula, kita ada matlamat dalam hidup. Jadi, kita tak boleh ikut haluan orang lain. Kita bukan robot ataupun mesin yang ditekan-tekan butang kemudian berjalan, apapun kena faham tentang batasan," katanya.
Bercakap mengenai dakwaan segelintir pihak yang mengatakan masalah rumah tangga mereka sebagai gimik, Fahmi menafikan sekerasnya perkara tersebut.
"Kalau kejadian itu gimik, macam-macam lagi cara lain yang saya boleh lakukan. Tapi bila melibatkan hal peribadi, ia memang gila hinggakan saya tak berharap perkara sama berlaku kepada musuh saya," tegasnya.
Berbalik kepada Nynaa, dia tidak merasakan kontroversi rumah tangganya memberi kesan buruk terhadap kerjaya kerana masih menerima tawaran berlakon sehingga kini.
Namun, bekas peserta Dewi Remaja 2019/2020 itu memilih untuk berehat sementara waktu.
"Buat masa sekarang rasanya isu rumah tangga kami tidak memberi kesan kerana saya masih dapat tawaran berlakon, cuma saya tolak dahulu sebab mahu rehat dan menikmati kehidupan," katanya.
Terdahulu, konflik rumah tangga pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu tercetus apabila dia didakwa telah diculik ahli keluarganya sendiri.
Suami Nynaa kemudiannya membuat laporan polis terhadap tindakan bapa mentuanya dan turut membuka fail tuntutan nusyuz terhadap aktres itu setelah hampir dua minggu keluar tanpa kebenarannya.
Kemudian, Nynaa pula memfailkan permohonan cerai kepada Fahmi di Mahkamah Rendah Syariah, Johor Bahru pada 10 November lalu.
Namun tidak lama selepas itu, Nyna kembali ke pangkuan Fahmi dan hubungan rumah tangga mereka diteruskan tanpa memilih jalan perpisahan.
BACA: "Finally It's Over" - Tiada Isu Nusyuz, Nynaa Harizal Kembali Taat Kepada Suami, Rumah Tangga Berjaya Diselamatkan!
BACA: Throwback Gambar Kahwin, Nynaa Harizal Bersyukur Kembali Kepada Suami - "Allah Answered My Prayer..."