Hiburan
Suami Nora, Johan Nawawi Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung
Suami kepada penyanyi, Nora Ariffin yang juga merupakan seorang komposer, Johan Nawawi, 54, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Berita itu disahkan sendiri oleh Nora menerusi satu kiriman ringkas mesej suara.
Johan telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 pagi tadi di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).
Menurut anak Allahyarham, Mohd Syakir Alif, bapanya itu meninggal dunia akibat serangan jantung.
"Ayah mula demam selepas pulang dari Jakarta dan semalam dia telah dibawa ke bilik kecemasan di SJMC.
"Ayah telah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).
Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Tunku, di sini dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam lokasi yang sama selepas solat Jumaat.
Johan banyak mencipta lagu-lagu popular antaranya Hanya Satu, Samudera, Jentayu dan Desa Tercinta.
Teks oleh: Mya Amri
Must-Watch Video