gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Demi Sebuah Karya ‘Agung’ Melly Goeslaw, Misha Omar Nekad Untuk…
HIBURAN
Viviana Lin, Wanita Iban Pertama Dinobatkan Sebagai Miss Grand Malaysia 2025
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Zuana Pertaruh Genre Klasik Di Minggu Separuh Akhir
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Suami Pempengaruh Dakwa Syada Amzah Cuba Pecah Belahkan Rumah Tangga - “Kau Tak Dapat Ajak Bini Aku Pergi Club, Kau Buat Cerita...”

Umirah Halim
Umirah Halim
01/08/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
Suami Pempengaruh Dakwa Syada Amzah Cuba Pecah Belahkan Rumah Tangga - “Kau Tak Dapat Ajak Bini Aku Pergi Club, Kau Buat Cerita...”
Suami kepada pempengaruh media sosial, Elcah, Afi Hamri, mendakwa penyanyi Syada Amzah cuba memecahbelahkan rumah tangganya dengan isterinya.
Hafizzuddin Hamri atau lebih dikenali sebagai Afi Hamri mendakwa Syada menghasut dan memujuk isterinya agar membelakangkan dirinya dalam usaha menyelesaikan konflik rumah tangga mereka.
Lebih mengejutkan, Afi turut mendakwa adik kepada penyanyi Shila Amzah itu pernah mengajak Elcah ke kelab malam sebagai cara untuk ‘merehatkan fikiran’.
Menerusi satu hantaran di Instastory semalam, Afi meluahkan rasa marah terhadap tindakan Syada yang disifatkan tidak menjaga batas sebagai orang luar dalam urusan rumah tangga orang lain.
“Weh perempuan! Jangan jadi batu api dalam rumah tangga aku. Kau ingat kau Superman ke?
“Kau tak dapat ajak bini aku pergi kelab, kau nak buat cerita. Kau nak rosak, kau rosak seorang, tak perlu buat cerita siap ajar bini aku tipu aku!” luahnya.
Dalam hantaran sama, Afi turut memuat naik tangkap layar dipercayai perbualan Syada bersama isterinya, yang menunjukkan penyanyi itu mengajak Elcah bertemu dan berkongsi mengenai dakwaan kecurangan Afi.
Malah, Afi turut menyindir Syada yang didakwanya tidak mempunyai pekerjaan.
“Tolong bagi dia job, kesian aku tengok tak ada job jadi perosak,” tulisnya,
Untuk rekod, Elcah atau nama sebenarnya Aien Hasha telah mendirikan rumah tangga dengan Afi pada Januari lalu dan perkahwinan ini merupakan perkahwinan ketiganya.
Sumber: IG Story Hafizuddin Hamri
Topic Berkaitan
#Suami
#Amzah
#Pempengaruh
#Elcah
#Syada
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement