RAISE THE STAR MY
Raise The Star Malaysia: Zuana Pertaruh Genre Klasik Di Minggu Separuh Akhir
Bintang Raise The Star Malaysia, Zuana bakal mempertaruhkan lagu Kasih nyanyian Hetty Koes Endang dan Jangan Ada Dusta Di Antara Kita di minggu separuh akhir.
Jelas Zuana, persembahan ini penting buatnya bagi menunjukkan kepada juri bahawa dia boleh menyanyikan lagu klasik dengan baik.
“Untuk saya di separuh akhir, saya akan bawakan lagu bergenre klasik. Semua dah pernah nampak saya bawa balada, pop jadi saya pilih klasik untuk saya persembahkan di minggu separuh akhir.
“Saya mahu juri dan penonton tahu saya boleh menyanyikan lagu-lagu sebegini dan saya akan cuba memikat hati juri tetap kita,” katanya.
Ditanya mengenai adakah akan kembali duduk di kerusi ‘The Five’, Zuana berkata dia menyerahkan segalanya kepada rezeki.
“InsyaAllah, rezeki dan semua urusan saya serahkan kepada Allah SWT,” ujarnya ringkas.
Must-Watch Video